Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bagi penjelasan mengenai Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku kedua 2017 kerana terdapat 13 nama yang berlainan latarbelakang pada satu alamat yang sama di Bangunan Umno-BN Bukit Katil dan perpindahan pengundi pos dan awal di ibupejabat polis daerah dan kem tentera di Melaka.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa 13 nama-nama tersebut telah mengunakan alamat bangunan Umno Bukit Katil walaupun lot-lot di situ tiada penyewa kerana ia dijadikan bangunan Umno sebaik ia siap dibina.
"Kawasan penempatan di taman tersebut iaitu sederet ruma hteres mempunyai nomor ganjill bermula dari nombir 1 hingga ke nombor 23.
"Sedangkan bangunan pejabat yang diduduki oleh Umno Bahagian Bulit Katil mempunyai nombor genap bermula dari nombor 2 dan berakhir dengan nombor 8.
"Kesemua 13 nama tersebut adalah dipindak masuk atau ditukar alamat ssepert yang tecatat dalam RDPT suku kedua 2017 itu," ujarnya dalam kenyataannya.

Justeru Naib Presiden PKR ini mempersoalkan bagaimana terdapat 13 nama tersebut yang berpindah masuk ke premis yang tidak mereka duduki dan berlaku di dalam tempoh sama iaitu antara April hingga Jun 2017?
"Adalah suatu yang tidak disengajakan bila premis tempat nama-nama itu didaftarkan untuk berpindah terletak di premis pejabat Umno Bukit Katil?," soalnya lagi.
Shamsul juga berkata, terdapat pertukaran alamat oleh pengundi di ibupejabat Polis, Balai-balai Polis serta kem Tentera dan kem Wataniah yang juga adalah pengundi pos dan pengundi awal.
"Berdasarkan RDPT suku kedua 2017 itu terdapat seramai 46 orang pemilih berpindah masuk ke IPK manakala bilangan yang berpindah keluar cuma seramai 10 orang.
"RDPT suku pertama 2017 juga menunjukkan seramai 157 orang berpindah masuk ke IPK sementara bilangan berpindah keluar seramai 49 orang sahaja.
"Persoalannya mengapa langkah berpindah masuk lebih tinggi dari berpindah keluar kerana sepatutnya jumlah itu sama?
"Adakah IPK Melaka menambah keanggotaan dengan begitu mendadak di dalam tempoh 6 bulan iaitu hampir seramai 200 anggota berbanding dengan 60 orng yang berpindah keluar?" soalnya lagi.
Related Posts :
Update PH akan tumbang pada PRU15 >> Berita Malay 18
BAGAN SERAI - Sekiranya analisis berdasarkan jumlah campuran undi diterima Pas dan Umno pada PRU14 dijadikan sandaran, PH sebenarny… Read More...
Update PRK: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi >> Berita Malay 18
Kepimpinan PKR beri jaminan penduduk Port Dickson akan berterima kasih di atas kesediaan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Laksam… Read More...
Update [Video Pas Terima Jutaan Ringgit Dari Umno & Dituduh dapat duit Umno, PAS cabar Mahfuz lapor SPRM] UmnoPas sedang berbincang hadapi Anwar Ibrahim di PD & Isu RM1juta dpd UMNO, Lima bulan yang lepas, 3 lebai sanggup buat PC, T IBA2 MEREKA JADI BISU, kenapa? >> Berita Malay 18Khamis, 13 September 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 9 jam ·
Allhamdulilah.... akhirnya dia… Read More...
Update PTD jadi Kambing Hitam: Ditukar kerana DIFITNAH Sabotaj PH >> Berita Malay 18
Pegawai JPA ditukar gara-gara lewat lantik pegawai menteri
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/94987
BEBERAPA orang pegawai Jaba… Read More...
Update Dear Mr Arrogant @guanenglim, Car Prices Also Did Reduce During The Period Of GST >> Berita Malay 18
The Malaysian Most Stupid Finance Minister, Lim Guan Eng, is damn proud to boast that 5 car makes fell in price after SST (many others i… Read More...