Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri, Kelantan bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Anggota SPR, Md Yusop Mansor dalam kenyataan hari ini berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob pada Khamis lalu berhubung kekosongan kerusi tersebut tetapi tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.
Pada 11 Julai lalu, Abdullah mengumumkan kerusi Dun Nenggiri kosong berikutan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor, sekali gus telah hilang kelayakan sebagai Adun berkuat kuasa pada tarikh tersebut.
Md Yusof berkata peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan di bawah Perkara 46(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi Dun tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan Speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.
"Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, Speaker Dewan Negeri Kelantan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update PRK CH: Keputusan pada Jam 5.50pm, BN mendahului, 9,463 undi, PH 3,592 undi >> Berita Malay 18
Keputusan semasa (5.50 petang) PRK Cameron Highlands:
BN - 9,463
PH - 3,592
Bebas (Wong Seng Yee) - 90
Bebas (Sallehudin Ab Talib) - 202
… Read More...
Update LIVE: PRK CH, BN - 10,484, PH - 4,526 >> Berita Malay 18
Langsung dari pusat penjumlahan undi dan pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata
//
… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2019/01/update-kontrak-ecrl-cccc-ramai-terkejut.html">Update Kontrak ECRL, CCCC: Ramai TERKEJUT "Pertelingkahan" Azmin-Guan Eng >> Berita Malay 18
"Apa sudah jadi dengan Kabinet kita? Kenapa dua menteri kanan membuat dua kenyataan berbeza berhubung isu yang sama?
KUALA LUMPUR… Read More...
Update (VIDEO) ORANG asli: kita fokus BUANG DAP dulu, Pas-Umno mesti bersatu >> Berita Malay 18
//
… Read More...
Update TAHNIAH BN MENAG DI CAMERON HIGHLANDS >> Berita Malay 18
… Read More...