Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan usahanya dalam menyelesaikan urusan siasatan tempatan kali kedua persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lepas tidak membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang SPR daripada meneruskan proses siasatan tempatan kali kedua bagi persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu.

“Keputusan ini bermakna SPR boleh meneruskan tanggungjawabnya dalam menyelesaikan urusan siasatan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. SPR amat menghargai dan sentiasa menghormati keputusan tersebut,” katanya dalam
Disember lepas, SPR menangguhkan prosiding siasatan tempatan terhadap cadangan persempadanan semula di Selangor selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan itu.
Berhubung permohonan kedua Kerajaan Selangor untuk menghalang SPR menyerahkan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Perlembagaan Persekutuan, Mohd Hasim berkata keputusan kedua yang diperintah oleh pihak mahkamah itu tidak akan menjejaskan apa-apa proses berkaitan persempadanan bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu.
"SPR sentiasa mematuhi dan menghormati keputusan kedua mahkamah yang menerima permohonan pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk menghalang SPR daripada menyerahkan laporan akhir syor persempadanan semula bahagian pilihan raya negeri-negeri Tanah Melayu ini kepada Perdana Menteri tanpa memasukkan Negeri Selangor dalam laporan itu," katanya.
Mohd Hasim menjelaskan ini kerana SPR sedia maklum bahawa laporan akhir hanya boleh diserahkan kepada perdana menteri setelah proses siasatan tempatan di Melaka dan Selangor diselesaikan dan kes semakan kehakiman dimuktamadkan oleh mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Kecewa tidak direstu jadi PM serangan peribadi terhadap Dr Mahathir, dakwa MPT Bersatu >> Berita Malay 18
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit d… Read More...
Update Ketua Audit Negara: Hutang Pulau Pinang, Selangor terendah >> Berita Malay 18Jumlah hutang ditanggung Pahang tertinggi iaitu RM1,087.93 juta, diikuti Kedah RM1,028.85 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang dikelu… Read More...
Update Saman DOJ: PAC tidak akan siasat semula 1MDB >> Berita Malay 18Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan membuka semula siasatan terhadap skandal 1MDB, kata pengerusinya, Datuk Hasan Arifin.
Me… Read More...
Update ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI PALING LEKEH DAN MERAPU >> Berita Malay 18
Pada 28 Julai lalu, bermakna genaplah tempoh dua tahun Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri sejak dilantik pada tarikh yang … Read More...
Update ‘Bukan sekadar umpan Melayu’ - A Kadir Jasin >> Berita Malay 18
Peranan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sekadar umpan menarik orang Melayu, tetapi mengukuhkan undi bukan Melayu.
… Read More...