Pembikinan drama itu sebahagian usaha SPRM mengerakkan revolusi anti-rasuah melalui media, dan mengambil ilham dari kisah benar operasi SPRM.
CYBERJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar untuk membikin drama aksi anti-rasuah dalam usaha mendidik masyarakat mengenai kemudaratan rasuah.
“Ini sebahagian daripada usaha SPRM dalam gerakan revolusi anti-rasuah,” kata Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad kepada pemberita selepas majlis pelancaran drama itu di Cyberjaya hari ini.
Drama bersiri “Banteras” dengan 13 episod itu merupakan kolaborasi antara SPRM dan syarikat produksi Fantasy Films Sdn Bhd bakal ditayangkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dibarisi pelakon tempatan terkenal seperti Namrom, Khir Rahman dan Sangeetha, drama ini mengambil ilham daripada kisah benar operasi SPRM menangkap perasuah.
“Ini merupakan aktiviti yang kita jalankan dan akan ada aktiviti lain di bawah gerakan revolusi anti-rasuah,” katanya.
Turut hadir di majlis pelancaran itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki.
FMT
Related Posts :
Update [Video Dengan bantuan Ratu Naga, Syed Saddiq-Hamidah berdamai] Batu api, salah faham punca perbalahan, kata Ratu Naga. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
Batu api, salah faham punca perbalahan, kata Ratu Naga
(Dari kiri) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Syahrul Ema Ren… Read More...
Update [Video Himpunan Rakyat boleh lawan Fastaqim? Tidak - Mat Sabu] NEGARA INI BUKAN UMNO YANG PUNYA...Sekalung tahniah kepada sahabat2 ku Mr Muniandy, Mr Bharat dan Ms Kalyani. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
Parti Amanah Negara
Suka Halaman Ini · 31 min ·
Mereka berbangsa India.. Merek… Read More...
Update [Video Jamal boleh jual ikan di mana-mana - Mat Sabu] Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
Malaysiakini
Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober
Sekretariat Himpuna… Read More...
Update [KUANTAN] 'MUJUR KAMI TIADA DI RUMAH' >> Berita Malay 18
Seorang warga emas bersyukur kerana dia dan keluarga tiada di rumah ketika rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini terbakar, Sabtu lalu… Read More...
Update Akibat Jalani Pembedahan Plastik, 3 Wanita China Ditahan di Lapangan Terbang Korea >> Berita Malay 18
Selasa 10 Oktober 2017
Tiga wanita China tertahan di Lapangan Terbang Korea Selatan. (Foto: Asia Wire)
SEOUL - Sudah… Read More...