Ahli Nujum Negara, Rafizi Ramli muncul kembali. Kali ini dengan ramalan bahawa Syarikat Prasarana Malaysia Berhad akan kerugian RM142 juta untuk projek tren Arab Saudi.
Naib Presiden PKR ini pernah meramalkan pada tahun 2013 kos MRT akan melambung sebanyak RM100 billion dalam tahun 2017. Ramalan beliau tersasar jauh. Hakikatnya, apabila siap projek MRT Fasa Kedua, kos hanyalah RM21 billion, lebih rendah RM2 billion dari kos anggaran.
Rafizi Ramli juga telah meramalkan pelaburan Tabung Haji dalam kaunter minyak dan gas akan mendedahkan pendeposit kepada kerugian besar mencecah RM680 juta. Ramalan beliau juga gagal. Tabung Haji masih lagi dapat memberi subsidi kos mengerjakan haji kepada puluhan ribu jemaah haji muassasah setiap tahun sebanyak RM9,570 untuk seorang.
Semalam, Rafizi Ramli buat cerita dongeng baru. Seperti biasa, beliau menghasut Rakyat dengan cerita penglipur lara beliau. Ini adalah usaha terkini pembangkang untuk mensabotaj usaha Syarikat Prasarana Malaysia yang dimiliki Kerajaan.
Dua hari lepas Rafizi Ramli muncul dalam video dengan muka kesian meminta derma untuk membayar saman NFC sebanyak RM300,000 daripada peminat setianya. Masih ada 12 kes Mahkamah untuk beliau hadapi, dan dengan ratusan tunai di dalam bank, beliau masih mampu menebalkan muka untuk meminta derma dari Rakyat Marhaen? Masihkah anda percaya dengan spesis sotong seperti ini?