Update TAK TERASA APA2KAH PEMIMPIN UMNO DENGAN NUKILAN TMJ KALI INI? >> Berita Malay 18

SAYA AKAN SENTIASA BERDOA UNTUK KESTABILAN ANDA, MALAYSIA

Apa yang telah berlaku kepada negara yang saya hormati? 

Sebuah negara yang dahulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan. 

Apa yang telah berlaku kepada sahabat kesayangan ku, Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula. 

Pada hari ini saya berada di sebuah negara di mana Rasuah telah menjadi sebuah budaya. 

Sebuah negara di mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang-orang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk menjual cerita. 

Orang yang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi oleh sistem dan diperas. Ia telah menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin. 

Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan. 

Di mana yang berlakun dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat. Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat. 

Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara. 

Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya.

Pemimpin yang berpura pura dengan apa yang mereka pakai, tetapi di sebaliknya, memaksa kerajaan untuk menggunakan wang rakyat untuk membayar jet peribadi mereka. 

Sebuah negara di mana bangsa saya sendiri telah melupakan sejarah, warisan dan budaya kita. 

Sebuah negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti  pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab. 

Tempat yang dicemari oleh sifat cemburu dan iri hati. Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat-pangkat tersebut telah kehilangan nilainya. 

Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda mereka yang tersembunyi. Sementara masih ada yang seperti saya yang memilih untuk bersuara kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada anak cucu-cicit kita dan generasi masa akan datang. 

Sebuah negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka dan tidak lagi percaya kepada tugas untuk berkhidmat kepada rakyat dan institusi kita. 
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :