Merujuk kejadian di Melaka tempoh hari di mana bendera PPBM yang dipacakkan di sepanjang jalan, di arah diturunkan oleh pihak berkuasa. Susulan itu, mulalah perbalahan antara ahli-ahli PPBM dan pihak penguatkuasa.
Tetapi keadilan menuntut tindakan sama ke atas mana-mana parti pun termasuklah BN.
Kerana dengan tindakan penguatkuasa yang membiarkan bendera BN berkibar sekian lama, seolah menidakkan tuntutan undang-undang.
Tak hairanlah jikalau parti lain turut sama mengibarkan bendera. Mungkin di dalam kes ini, pihak penguatkuasa keliru dan tak dapat membezakan antara kerajaan negeri di pimpin BN dengan parti politik bergelar BN.
Bukankah sesebuah kerajaan walau dipimpin seorang pemimpin dari parti politik, namun ahli politik tersebut harus menjadi seorang pegawai kerajaan dan bertindak dengan telus dan adil bagi manfaat seluruh rakyat dan bukan memihak kepada kehendak politik sesebuah parti? Mungkin tidak!
Bagi ahli-ahli PPBM yang terlibat di dalam peristiwa ini, saya nasihatkan supaya fikir semula akan tindak-tanduk anda sekalian. Adakah wajar kita berkelakuan kasar dan kurang ajar?
Walau bagaimana pun kita teraniaya, sebagai Melayu yang beragama Islam, perlu mempertahankan maruah dengan jalan sabar.
Read More / Baca Lagi >>