Update Tidak Berminat Dengan Isu DOJ, @RafiziRamli Menghasut Pemandu Teksi Pula >> Berita Malay 18



Agak pelik bagi seorang pakar strategis kononnya seperti Rafizi Ramli tidak berminat menghentam Kerajaan seperti rakan-rakannya dalam Parti Chap Bunga dalam isu 1MDB dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. Amat-amat pelik bukan? Sebaliknya, Rafizi Ramli lebih berminat dengan bukan isu nasional seperti isu teksi! Sejak bila menghasut pemandu teksi menjadi KPI utama beliau?

Bertempat di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pagi tadi, Rafizi Ramli bersama-sama ADUN Hulu Langat, Dato Abdullah Sani telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan pemandu teksi yang baru ditubuhkan iaitu PERJIWA. Tidak dapat dipastikan singkatan PERJIWA untuk apa. Mungkin orang sakit jiwa.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan ini adalah perkhidmatan e-hailing seperti UBER dan GRAB yang telah mengambil alih rezeki pemandu teksi dan juga masalah sewa teksi yang mahal. Rafizi Ramli dan rakannya Abdullah Sani tidak memahami isu teksi dan permasalahan mereka. Rafizi Ramli dan Abdullah Sani sekadar mempergunakan pemandu teksi sekadar untuk keuntungan politik mereka.

Pertama, Rafizi Ramli berkata beliau hanya mahu dan akan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang untuk e-hailing sebaliknya beliau tidak berani memberi jaminan untuk berusaha mengahpuskan undang-undang e-hailing untuk perkhidmatan GRAB dan UBER, mengapa? Pemandu-pemandu teksi seharusnya meminta Rafizi Ramli supaya berjuang untuk mengharamkan perkhidmatan GRAB dan UBER. Ada beranikah Rafizi Ramli?

Kedua, pemandu UBER dan GRAB kebanyakannya menggunakan kereta mereka sendiri. Itulah sebabnya mereka tidak perlu membayar yuran sewa harian kepada orang lain untuk penggunaan kereta mereka. Persoalan pemandu teksi kepada Rafizi Ramli sepatutnya adalah sekiranya pemandu teksi tidak mempunyai kenderaan sendiri, adakah INVOKE, syarikat kepunyaan Rafizi Ramli akan memberikan kenderaan percuma kepada pemandu-pemandu teksi?

Ketiga, pemandu UBER dan GRAB juga perlu membayar komisen besar yang dianggarkan pada 23% - 30% dari yuran yang mereka terima terutama untuk perkhidmatan e-hailing. Ini sesuatu yang pemandu teksi tidak perlu sediakan kepada syarikat teksi.

Keempat, pemandu teksi juga dibenarkan membeli dan memiliki teksi mereka sendiri dan tidak perlu membayar sewa harian. Sistem ini mirip dengan perkhidmatan UBER dan GRAB kecuali mereka tidak perlu membayar komisen tinggi daripada tambang mereka untuk perkhidmatan e-hailing daripada syarikat.

Dan yang terakhir, untuk pengetahuan Rafizi Ramli juga, antara masalah pemandu-pemandu teksi yang terbesar adalah masalah permit pajak. Jika dahulu permit diberikan kepada syarikat-syarikat. Namun, masalah ini kini secara perlahan-lahan telah mula dapat diatasi. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) pada telah menyerahkan setakat ini 600 lesen individu kepada kumpulan pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. 

Pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi di bawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Di bawah program TITP, kesemua 600 penerima lesen individu ini setakat ini telah diberikan geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu mereka untuk membeli kenderaan baru. Geran ini adalah sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Bajet 2017.

Dengan segala bantuan yang Kerajaan berikan kepada pemandu-pemandu teksi, apa lagi yang Rafizi Ramli mahu perjuangkan?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :