Update 'Top Dog' Puji 'Top Pig' Sebagai Pendakwah Terbaik >> Berita Malay 18


Dalam sejarah pemerintahan 22 tahun Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mengelarkan dirinya dengan gelaran 'Top Dog' Pakatan Harapan, belum pernah rasanya beliau memuji mana-mana sarjana dan ilmuan Islam, mufti, Ustaz dan sebagainya sebagai pendakwah terbaik. Betulkan saya kalau salah.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir pernah memecat Mufti Selangor, Dato Ishak Baharom kerana menghalang pertandingan ratu cantik di Selangor. Dalam satu tazkirah Ramadhan dalam bulan Ogos 2011 di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Dato' Ishak Baharom berkata, 
"Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada Kerajaan Negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'."
Hari ini, Mantan Perdana Menteri 22 tahun memuji Penasihat DAP Seumur Hidup, Lim Kit Siang sebagai pendakwah terbaik kerana menyampaikan petikan Ayat Al Quran kepada Peguam Negara. Saya tidak mempunyai komen apa-apa mengenai pujian 'Top Dog' kepada 'Top Pig'. Cumanya, kita minta juga Tun Dr Mahathir turut meminta ayat-ayat Al Quran dari Lim Kit Siang mengenai hukum menutup aurat di dalam Islam, bagaimana ayat-ayat Al Quran menyentuh mengenai hubungan sejenis dan seks songsang agar ianya dapat dijadikan panduan kepada keluarga kita semua dan juga keluarga Tun Dr Mahathir.

Nota Kaki: Teringat kata-kata Tengku Mahkota Johor seperti di bawah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :