Pemuda Amanah Nasional mencabar Pemuda Umno berdebat tentang isu 1MDB ekoran kenyataan ketuanya Khairul Azwan Harun bahawa rakyat yang mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyokong campur tangan asing terhadap pentadbiran negara.
"Kami mencabar Pemuda Umno untuk berada sepentas berdebat atau berdiskusi tentang isu 1MDB yang menjadi liabiliti kepada negara.
"Siarkan secara langsung di stesen televisyen agar seluruh rakyat dapat menilai dan mengetahui isu ini dengan lebih mendalam," kata ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, Pemuda Umno cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya Amerika campur tangan terhadap urusan negara Malaysia ekoran sokongan secara tidak langsung Pakatan Harapan terhadap tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) terhadap skandal 1MDB.
"Tidak berlaku sebarang campur tangan asing oleh Amerika sebaliknya negara itu bertindak ke atas jenayah pengubahan wang haram yang berlaku di negara mereka.
"Secara dasarnya, mana-mana negara sememangnya berhak mengenakan tindakan terhadap sesiapa yang telah melanggar undang-undang negara mereka seperti yang dilakukan oleh syarikat pelaburan 1MDB," katanya lagi.
Beliau turut menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'bacul' dan takut untuk bersuara terhadap kebobrokan yang dilakukan 1MDB sebaliknya menjadi pengampu kerajaan sehingga sanggup menipu dan mengelirukan rakyat.
"Sebagai entiti orang muda, Pemuda Umno perlu menunjukkkan 'kejantanan' mereka dengan menyuarakan bantahan terhadap skandal terbesar negara yang telah menjejaskan dana negara serta merosakkan imej negara," katanya.
Justeru beliau menasihatkan Pemuda Umno agar tidak membodohkan serta merendahkan tahap pemikiran rakyat dengan memainkan sentimen serta persepsi jahat.
"Kami yakin, rakyat tidak mudah terpedaya dengan dakyah Umno-BN yang cuba menutup isu tersebut demi terus mengekalkan kuasa mereka," katanya.
Related Posts :
Update [Video Saya Cabar TV3 Siarkan Budaya Samseng Umno Johor] Tong Gas misteri di Bangunan KWSP? >> Berita Malay 18Khamis, 15 Februari 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 21 jam ·
Terkejut aku..aku ingtkan dia...&n… Read More...
Update [Video Dr M & Rafizi LAWAN RASUAH kena penjara, ditarik pingat tapi Najib Umno dapat TAN SRI] Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut, >> Berita Malay 18Khamis, 15 Februari 2018
Veteran dan anggota tentera, polis diseru mengundi tanpa rasa takut
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) meny… Read More...
Update Israel Dijemput Oleh UN-Habitat, Pengarah Eksekutif Adalah Bekas Pegawai @cmlimguaneng, Kebetulan? >> Berita Malay 18
Datuk Maimunah Mohd Shariff adalah mantan Yang Dipertua, Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Wanita pertama yang bergelar 'mayor' dan menj… Read More...
Update [Video Dr M keluar IJN, DASAR MUNAFIK-Anifah jawab isu diplomat Israel datang KL & Saya Mufaraqah Dengan Imam, Satu Masjid Tengok Saya Pelik] KENAPA BERSATU, TOLAK Umno. >> Berita Malay 18Khamis, 15 Februari 2018
Klik imam@pemimpin jangan selalu bercakap bohong, anak buah pun ikut berbohong dan sendiri dibohongi..
Ja… Read More...
Update [Video Hooouu Dasat! Rakyat dibebankan HUTANG dibuat Najib lebih RM900 bilion & Anak Muda TURUN NAJIB TURUN] Mana Najib! Mana Zahid! MENGAPA MALAYSIA MUDAH TUNDUK KEPADA TEKANAN ISRAEL? >> Berita Malay 18Khamis, 15 Februari 2018
MENGAPA MALAYSIA MUDAH TUNDUK KEPADA TEKANAN ISRAEL? MANA NAJIB? MANA ZAHID HAMIDI?
Sebagaimana yang dilapork… Read More...