Update Tun Dr Mahathir Dan PKR >> Berita Malay 18


Di saat macai-macai Parti Chap Bunga yang terlebih-lebih meraikan penubuhan Pakatan Harapan, bagi PKR pula Tun Dr Mahathir jelas hanya sebagai pembantu Anwar Ibrahim sahaja.

Jelas PKR memperlekeh taraf Tun Dr Mahathir hanya sebagai pembantu kepada bekas Timbalannya dan merangkap banduan yang sedang dipenjara. Sungguh hina.

Namun ini tidak melemahkan semangat Tun Dr Mahathir. Hari ini, pembantu dan pengawal peribadinya menaikkan gambar di bawah dengan caption, "Gambar ini paling win". 

CTS setuju benar dengan 'caption' tersebut. Ulang tayang kembali mungkin Tun Dr Mahathir terlupa bahawa parti di belakang beliau iti lahir disebabkan reformasi ke atas kepimpinan beliau. Lambang mata pada logo parti berkenaan adalah lahir dari mata lebam Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya Melayu mudah lupa, kata Tun Dr Mahathir. Mungkin kenyataan tersebut ditujukan kepada dirinya sendiri. Betullah orang kata, untuk menjadi ahli politik kita mesti bermuka tebal dan tak tahu malu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :