Update Tun Dr Mahathir Mahu Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri >> Berita Malay 18

Sekembalinya anak perantau merangkap Mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir dari London selama lebih kurang 10 hari, macai ProTun mengharapkan Tun Dr Mahathir akan membawa idea bernas untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Sebaliknya berita yang dibawa adalah beliau bersetuju Mantan Timbalan Perdana Menteri beliau, Anwar Ibrahim yang kini bercuti di River Bamboo Inn dilantik menjadi Perdana Menteri. Percutian Tun Dr Mahathir yang dikatakan menelan belanja £30,000 duit Rakyat Malaysia atau RM160,000 yang dibiayai oleh waran peruntukan menjadi sia-sia belaka. 

Jangan katakan macai ProTun, kami penyokong-penyokong Kerajaan sekalipun menjadi 'blank' kalau setakat ini sahaja strategi daripada Pengerusi Parti Chap Bunga selapas berhari raya di London. Ini sahajakah idea yang boleh disumbangkan oleh Clare Brown? 

Kalau setakat hendak menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak perlulah Tun Dr Mahathir bersusah payah menghadapi gelombang reformasi Rakyat pada tahun 1998 dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Bukankah lebih senang beliau terus menaikkan Mantan Timbalan beliau itu terus sebagai Perdana Menteri selepas beliau? Tun ... Tun ... banyak sangat u-turn yang dilakukan. Kita risau banyak sangat u-turn menjadikan Tun manusia munafik.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :