 |
Foto Dari JOHOR Southern Tigers |
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghadiri makan malam bersama Cristiano Ronaldo yang merupakan bintang bola sepak terkemuka dunia.
Namun tidak dimaklumkan di mana lokasi makan malam Tunku Ismail dan Cristiano Ronaldo itu berlangsung.
Menurut laporan Astro AWANI, berita tersebut tersebar selepas sekeping foto, dikongsikan ke laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers.
"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017," tulis kapsyen pada gambar itu.
Menerusi laporan portal berita Mediacorp, Ronaldo tiba di Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi usahawan terkemuka, Peter Lim.
Kehadiran Ronaldo adalah untuk menziarahi anak perempuan Lim yang baru melahirkan cahaya mata.
Menurut sumber Ronaldo mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Lim, di mana kapten Portugal itu telah menjual hak penyiaran foto kepada Mint Media, syarikat milik Lim. - Astro AWANI
Related Posts :
Update [JADI NYATA] Dalang Liberal Comango di Kerajaan PH: Kebebasan Murtad, Halalkan Seks Songsang, Hapus Hak Melayu, Benarkan Kristianisasi & Syiah >> Berita Malay 18
… Read More...
Update LGBT: Pandangan Menteri Agama itu SALAH di sisi ISLAM >> Berita Malay 18
Kenyataan YB. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan lesbian, gay, biseksual, dan tr… Read More...
Update MUDAHNYA PERINTAH NEGARA: Semuanya Dosa antara dia dengan Tuhan, kita tak boleh buat apa >> Berita Malay 18
LGBT berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Rasuah berdosa, kalau buat juga, dosa dengan Allah. Dadah berdosa, kalau buat juga, dos… Read More...
Update Tommy cakap bahasa apa masa jadi peguam PAS... >> Berita Malay 18
Penguasaan Bahasa Melayu Peguam Negara, Tommy Thomas yang dikatakan lemah terus menjadi topik perbincangan.
Dalam hantaran Twitter petang i… Read More...
Update Perwakilan kecewa ucapan Hasan >> Berita Malay 18
5 Julai 2018
Sinar Harian
Abdul Khalib
(Ubah saiz teks)
KUALA ROMPIN - Belum seminggu selesai Pemilihan Umno Baha… Read More...