Kuala Terengganu - Seorang lelaki berkopiah berjaya mencuri wang derma lebih RM3,000 dari peti besi di Masjid al-Furqan, Chendering di sini.
Perbuatan lelaki itu kira-kira jam 11 pagi Khamis dirakam kamera litar tertutup (CCTV), lapor Sinar Harian.
Kehilangan itu disedari petugas masjid Muhammad Zahid Hanaphi apabila mendapati pintu ruang solat muslimah terbuka.
“Saya membuat pemeriksaan melalui CCTV dan mendapati seorang pemuda berpakaian kemeja biru, berseluar hitam dan berkopiah masuk ke masjid,” katanya.
Rakaman menunjukkan suspek mulanya menggunakan lidi sebelum mengambil playar membuka mangga besi dan melarikan wang dalam beg plastik oren.
Imam masjid Suhaimi Taib pula berkata CCTV dipasang kerana kecurian berlaku beberapa kali di masjid itu.
Ketua polis daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abdul Rafar ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Related Posts :
Update [Video Heh, apa hebatnya Tok Pa? Tajuddin tak nampak jasa dia pun] HASRAT TIDAK SAMPAI Hu, hu, huuu, Hadi, Mustafa dan Nordin tidak dibenarkan masuk berjumpa PM di Puterajaya? TUNGGU KAT LUAQ beb! >> Berita Malay 18Khamis, 1 November 2018
Otai BERSIH
HASRAT TIDAK SAMPAI...
Kunjungan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Terengganu ke Puter… Read More...
Update Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu >> Berita Malay 18
… Read More...
Update (Berani Kerana Benar, Takut Tak Siar Live) Kerajaan tak setuju siar perbicaraan Najib secara langsung >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menolak cadangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta perbicaraan bekas perd… Read More...
Update [Video Pemimpin PKR minta polis siasat penasihat media Dr M] Masa Najib pakai dulu tiada plok kata pakaian komunis? Itulah #KebangsatanUmno kerana dah kehabisan modal utk cerca fitnah melata.. >> Berita Malay 18Khamis, 1 November 2018
Bila Timbalan Menteri Pertahanan berbangsa cina pakai pakaian tersebut UMNO cuba main isu perkauman dan ideologi k… Read More...
Update ALAHAI, APA SALAHNYA PELARIAN POLITIK ! >> Berita Malay 18
APA SALAHNYA 40 AHLI PARLIMEN UMNO MENYERTAI PAKATAN HARAPAN
TAK ADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANGPUN YANG LARANG.
CARANYA MUDAH JE, K… Read More...