Akibat disangka mahu menculik kanak-kanak, seorang wanita yang mengalami masalah mental diseksa dengan diikat, dicukur rambut, dibogelkan, dibelasah dan dilempar batu hingga mati oleh penduduk sebuah kampung di Benggala Barat, India, Selasa lalu.
Wanita itu, Otera Bibi, 42, yang tinggal bersama ibu bapanya merayau hingga ke kampung Mithipur-Panagarh berhampiran sebelum singgah di sebuah pondok.
Pemilik pondok itu, Dilip Ghosh, membuat kecoh kononnya wanita itu menculik anak perempuannya berusia 10 tahun.
Bulan lalu, seorang kanak-kanak di kampung itu hilang, dipercayai dilarikan.
Menurut Daily Mail, penduduk kemudian menangkap Otera, mengikatnya pada traktor dan membelasahnya, termasuk melemparnya dengan batu.
Menurut saksi, mereka mengoyakkan pakaiannya dan mencukur rambut wanita malang itu tanpa belas kasihan sehingga polis tiba tiga jam kemudian dan mengejarkannya ke hospital di Jangipur namun disahkan meninggal dunia.
Otera cuba memberitahu sesuatu namun penduduk tidak faham apa yang dikatakannya.
Ketua Polis Daerah Murshidabad, Superintendan Mukesh, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan kes itu dan berusaha mengenal pasti penyerang.
Beberapa orang ditahan untuk soal siasat namun tiada yang direman.
Menurut ibu bapa wanita itu, Otera mengalami masalah mental dan sering merayau, termasuk tidak pulang ke rumah selama beberapa hari.
Related Posts :
Update [Video Rashid Enggan Jumpa Syed Saddiq] 2 MT Bersatu, peguam dilantik terajui GLC & Apasal KJ nak perli pelantikan GLC pemimpin Bersatu? >> Berita Malay 18Sabtu, 5 Januari 2019
2 MT Bersatu, peguam dilantik terajui GLC
Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Rina Harun melantik dua angg… Read More...
Update Anak Mat Sabu yang ditahan Polis positif dadah telah DIBEBASKAN >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaa… Read More...
Update (KES DADAH) 'Anak saya sama seperti anak orang lain' - Mat Sabu >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Itu kenyataan daripada ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, berkaitan penahanan an… Read More...
Update ANAK MAT SABU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS >> Berita Malay 18
Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, p… Read More...
Update ANAK MAT SABU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS >> Berita Malay 18
Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan polis selepas disyaki positif ganja telah dibebaskan dengan jaminan polis, p… Read More...