Pelancaran terbaru peluru berpandu Korea Utara tengah malam tadi, disifatkan tindakan provokasi yang tidak mengurangkan ketegangan hubungan di Semenanjung Korea dan rantau ini.
Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keengganan rejim Korea Utara mendengar gesaan masyarakat antarabangsa untuk meredakan keadaan juga menjadi petanda bahawa langkah-langkah sedia ada, termasuk sekatan perdagangan, tidak memadai.

“Oleh itu, saya mengecam provokasi Korea Utara ini dan menggesa Kerajaan Malaysia untuk mengumumkan langkah-langkah diplomatik bersesuaian terhadap rejim tersebut, pada masa sama mengambil maklum pendirian Malaysia yang bersifat ‘berkecuali yang aktifi’ (active neutrality),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, antara langkah-langkah boleh dipertimbangkan Putrajaya termasuk membeku perniagaan dan aset-aset kewangan milik Korea Utara di Malaysia.
Katanya, tindakan itu untuk memastikan negara ini tidak membantu dalam penyaluran dana ke dalam program ketenteraan rejim tersebut.
Katanya, Malaysia juga perlu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada untuk menyatakan keprihatinan negara bahawa sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk meredakan atau menyelesaikan isu ini mestilah tidak bersandar kepada tindakan ketenteraan yang mungkin menambahkan ketidaktentuan serantau, termasuk di rantau Asia Tenggara.
Mei lalu, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat yang mendarat di luar pantai timur negara itu, dalam siri ujian peluru berpandu terbaharu menentang tekanan dan ancaman sekatan.
Related Posts :
Update Jumlah penjawat awam Malaysia masih ideal, kata timbalan menteri >> Berita Malay 18
Imej hiasan via Kosmo!
PUTRAJAYA: Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain, kata… Read More...
Update TULISAN JAWI DIPOLITIKKAN... SEJAK BILA PIBG TENTUKAN SILIBUS? SOAL ZAHID >> Berita Malay 18
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akhirnya menyerahkan … Read More...
Update 12 Filem Bercorak Patriotik, Kemerdekaan Untuk Tontotan Bulan Kebangsaan >> Berita Malay 18
MENONTON filem-filem patriotik sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia. Pengisian filem patrioti… Read More...
Update ZAKIR NAIK: USAH FITNAH, JANGAN PUTAR BELIT! >> Berita Malay 18
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak memutar belitkan ucapan pendakwah antarabangsa, Dr. Z… Read More...
Update ZAKIR NAIK: USAH FITNAH, JANGAN PUTAR BELIT! >> Berita Malay 18
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak memutar belitkan ucapan pendakwah antarabangsa, Dr. Z… Read More...