Update 1 Daripada 5 Guru Malaysia Mempunyai Masalah Suara Untuk Mengajar - Kajian >> Berita Malay 18

Imej via iStock Photo

Masalah suara seperti hilang suara, suara garau atau serak, sememangnya satu isu yang selalu terjadi di kalangan guru. Pada tahun 2014, satu kajian telah dijalankan oleh para penyelidik Universiti Malaya kepada guru-guru sekolah menengah terpilih di seluruh semenanjung Malaysia menunjukkan, 1 dalam 5 guru mempunyai masalah suara.

Masalah suara juga dikaitkan dengan peningkatan ketidakhadiran kerja (mc/cuti), penurunan kualiti hidup dan kesihatan dan juga dikaitkan dengan peningkatan stress, kemurungan dan keresahan kalangan guru.

Kajian juga mendapati, guru yang single ataupun janda/duda lebih terdedah kepada masalah suara.

Penyelidik berpendapat ia mungkin disebabkan oleh ibu atau bapa tunggal menggunakan suara yang lebih tinggi di rumah untuk perkara-perkara seperti mendidik/menjaga/mengarah anak-anak mereka.

"Kami menganggap bahawa ibu atau bapa tunggal berisiko kerana tahap peranan keluarga dan kerja yang tinggi dengan demikian mereka lebih terdedah kepada gangguan/masalah suara" kata penyelidik.

Kajian juga menunjukkan guru berbangsa Cina juga mempunyai prevalen yang lebih ramai berbanding bangsa lain dan guru berbangsa India mempunyai prevalen yang lebih rendah berbanding bangsa lain.

Penyelidik juga beranggapan, masalah suara sepatutnya dijadikan satu daripada masalah kesihatan pekerjaan agar langkah pencegahan dan perubatan dapat diambil.

Rujukan : http://ift.tt/1UR0zJt


Subscribe to receive free email updates: