IPOH 19 Ogos - Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang sekolah anak mereka belajar jika tersenarai dalam 402 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara yang dalam pemerhatian Kementerian Pendidikan berikutan isu disiplin.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak sekolah termasuk ibu bapa dan guru perlu positif dengan penyenaraian tersebut dan bersama-sama meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.
"Ibu bapa tidak perlu susah hati dengan perlabelan ini. Ada beberapa kriteria yang diambil oleh pihak kementerian sebelum menyenaraikan sekolah terlibat.
"Kita pergi kepada beberapa kriteria dalam kategori itu, misalnya jika ada 900 pelajar dalam sesebuah sekolah, ada satu atau dua kelompok sahaja yang bermasalah dan peratusannya tidak banyak.
"Oleh itu, pihak sekolah, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan alumni perlu membuat sesuatu dengan melakukan penambaikan dan menukar aspek negatif itu kepada positif," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE