Update Adakah nasib agenda reformasi jika Dr M jadi PM? >> Berita Malay 18

Aktivis Haris Ibrahim berkata pengerusi PPBM itu sudah menunjukkan dirinya bukan seorang reformis.
haris-ibrahim_mahathir_600new
PETALING JAYA: Seorang aktivis politik bimbang agenda reformasi pembangkang akan tergendala jika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.
Pejuang reformasi politik Haris Ibrahim memberitahu FMT semakin hari semakin besar kemungkinan Dr Mahathir sekali lagi menjadi perdana menteri sekiranya Barisan Nasional tewas.
Beliau mengulas penilaian situasi politik Malaysia terkini oleh Global Risk Insights, sebuah penerbitan berita dan analisis risiko politik yang diasaskan di London School of Economics.
Menurut penilaian itu, PH yang diterajui Dr Mahathir dan kesan luruhan kontroversi 1MDB boleh menterbalikkan tren terhadap BN pada PRU-14.
Bercakap kepada FMT, Haris berkata PH nampaknya tiada pilihan melainkan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri memandangkan calon pilihan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih dalam penjara apabila keputusan pilihan raya diumumkan.
Proses pengampunan yang akan membebaskan Anwar – kalau mungkin boleh – akan mengambil masa, katanya.
“Dalam keadaan sebegitu, apakah kita akan mengalami pusingan kedua pentadbiran Dr Mahathir?”
Beliau akui “teruja” dengan kemungkinan BN dikalahkan, tetapi memperkenalkan reformasi lebih penting baginya.
“Jika kita tidak meletakkan seorang reformasi di kemudi, sebaliknya seseorang yang masih tidak dapat mengakui 22 tahun pemerintahannya telah menyebabkan kerosakan besar pada institusi kita, maka kita tidak akan dapat reformasi.”
Haris berkata keengganan Dr Mahathir bertanggungjawab ke atas dakwaan melumpuhkan badan kehakiman petunjuk jelas beliau bukan seorang reformis.
Sementara itu, Prof Madya Faisal S Hazis di Universiti Kebangsaan Malaysia memberitahu FMT Dr Mahathir memainkan peranan penting sebagai seseorang yang boleh menarik sokongan baru dari masyarakat Melayu luar bandar untuk PH.
Beliau menambah skandal 1MDB beri peluang kepada blok pembangkang untuk mengekalkan sokongan pengundi bandar.
Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan 2 faktor itu memadai untuk menewaskan kerajaan BN.
“Dr Mahathir dan 1MDB penting, tetapi 2 faktor itu tidak cukup kalau pembangkang tidak mempunyai naratif untuk orang Melayu luar bandar dan kalau pembangkang gagal membentuk pakatan yang kukuh yang boleh memastikan perlawanan 1 lawan 1 pada pilihan raya nanti,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :