PETALING JAYA – Armada Bersatu yakin pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menipu dalam isu dakwaannya terhadap Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketuanya, Syed Syaddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan bahawa Mahathir bukanlah seorang ‘kaki kelentong’ dan hanya bercakap berdasarkan fakta yang benar.

“Kalau betul dakwaan ini merupakan satu fitnah dan penipuan Ahmad Zahid sepatutnya tunjuk kepada rakyat keluarkan klip tersebut biar rakyat menilai dan jangan edit klip itu.
“Bagi kami Tun M tak akan menipu mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media bersama Pemuda Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Bersatu, di sini hari ini.
Terdahulu sebuah video percakapan Mahathir pada 31 Julai lalu tular di mana dalam kenyataannya Mahathir mendakwa Ahmad Zahid pernah menemuinya apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri.
Namun, Ahmad Zahid menafikan perkara itu dan mendedahkan bahawa beliau mempunyai rakaman perbualan dengan Mahathir dalam satu pertemuan pada 2015 berhubung strateginya untuk menjatuhkan Najib.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/07/update-menteri-budak-kaki-penipu.html">Update "MENTERI BUDAK" kaki penipu, Direktori KBS masih ada Numan Afifi >> Berita Malay 18
SYED SADDIQ HENTIKAN WAYANG STADIUM, JELASKAN FAKTA INI KEPADA RAKYAT
Semakan jam 7.00 petang hari ini pada laman sesawang Kementeri … Read More...
Update Juruterbang Boleh, Pembancuh Teh Tarik Pun Boleh >> Berita Malay 18
Hebat Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Muhammad Sabu. Satu hari beliau boleh menjadi seorang juruterbang ala watak Pete 'Maverick' Mit… Read More...
Update Tun M Mahu Malaysia Baru lebih Baik, kita harap bukan lebih LGBT, Lebih Syiah, Lebih Sesat, Lebih Belakangkan Melayu, Islam >> Berita Malay 18
Malaysia Baru, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas PRU ke-14, sepatutnya “p… Read More...
Update Babi lahirkan anak berwajah manusia - VIDEO >> Berita Malay 1808 Julai 2018
Foto: Newsflare/China Recorder.
JIANGMEN – Seekor babi di China telah melahirkan anak babi aneh d… Read More...
Update ‘Bantah pusat hiburan, pelacuran bukan sekolah tahfiz’ >> Berita Malay 18
24 Syawal 1439H, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya membantu memperbai… Read More...