Update Apa tujuan RCI Memali, soal bekas ketua polis >> Berita Malay 18

Hanif Omar berkata, beliau tidak berada dalam negara ketika tragedi Memali berlaku dan input daripada timbalannya serta pengarah keselamatan dalam negeri amat penting, tetapi mereka sudah meninggal dunia.
Hanif-Omar-rci2PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar mempersoalkan objektif cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas tragedi Memali pada 1985.
Hanif yang menerajui pasukan polis dari 1974 hingga 1994 berkata, beliau tiada dalam negara semasa kejadian itu berlaku kerana sedang mengambil cuti belajar di United Kingdom.
“Ketika itu, Tan Sri Mohamed Amin Osman bertindak sebagai pemangku ketua polis negara dan Datuk Yahya Yeop (Ishak) ialah pengarah keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam,” katanya kepada FMT.
Hanif berkata, Amin dan Yahya yang sudah meninggal dunia, adalah 2 pegawai polis utama yang merancang cubaan menahan Ibrahim Libya.
Katanya, RCI ke atas tragedi Memali akan kekurangan input langsung daripada Amin dan Yahya, walaupun mereka berdua mempunyai kakitangan sokongan yang sesetengahnya masih hidup.
“Saya rasa mereka yang mahukan RCI perlu menjelaskan mengapa mereka mahukannya. Kenapa Kertas Putih yang dikeluarkan kerajaan tidak mencukupi? Apakah objektifnya?”
Beliau berkata, penjelasan itu perlu untuk mengelakkan duplikasi Kertas Putih itu, selain penubuhan RCI memerlukan wang dan sumber.
Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali pada 1985, jika ada permintaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :