Apabila mereka bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu perdana menteri dan menteri dalam negeri - tokoh yang bertanggungjawab menandatangani arahan menangkap mereka di bawah seliaan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar - Mohamad dan Lim disambut baik dengan senyuman dan gelak ketawa.
Tempoh dalam penjara - walaupun mencabar - telah mendidik mereka menjadi lebih humanis. Sebaliknya, Dr Mahathir sedar andai kata beliau berusaha mengenali mereka berdua - juga Datuk Seri Anwar Ibrahim - terlebih dahulu mungkin ketiga-tiganya tidak akan dihumban ke dalam penjara.
Tak nampak angkuh
Empati Dr Mahathir adalah satu lagi sebab untuk berlapang dada. Beliau tidak menyuruh anaknya terus bermusuh, sebaliknya menganjurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melucutkan topi darjat masing-masing dan berbaik-baik dengan mereka.
Lim Kit Siang juga tidak menuntut kemaafan mahu pun pampasan.
Meskipun terpaksa menempuh kesusahan sepanjang bergelar tahanan politik, Kit Siang mengekalkan jati diri dan kehormatan beliau dengan menggalakkan anak buahnya seperti Liew Ching Tong dan Tony Pua untuk terus menghormati orang lama seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Biarpun terpaksa menanggung keperitan berpisah dengan suami dan bapa, mereka menjadikan itu suatu peluang untuk “Selamatkan Malaysia.”
Ia sebuah langkah yang wajar dipuji dan diberi perhatian.
Jika anda lihat cara pemakaian ahli-ahli politik ini, tiada bermewah-mewahan, daripada penggayaan jam Casio plastik ke kemeja-T putih, baju kebaya dan tudung.
Tidak ada seorang pun anggota HARAPAN pernah terlibat dalam apa-apa skandal rasuah. Tiada. Sebaliknya, enam buah negara di peringkat antarabangsa telah mengambil langkah undang-undang untuk memenjara pengurus bank yang terlibat dalam 1MDB, yang tentunya kini dikenali sebagai “Sapu Malaysia.”
Lebih daripada itu, kepentingan Islam tidak pernah disaring oleh DAP, malah tesis Ching Tong dari Universiti Kebangsaan Australia berkisar tentang ahli progresif PAS yang kini menubuhkan AMANAH.
Mampu islahkan Malaysia
Datuk Raja Bahrin dahulunya orang PAS daripada kerabat dirajanya yang tersendiri, tetapi tiada langsung unsur keangkuhan.
Read More / Baca Lagi >>