Update Asri petik pandangan luar biasa mazhab Syafi’e mengenai anak luar nikah >> Berita Malay 18

Mufti Perlis itu berkata ia menunjukkan perlunya umat Islam mengalu-alukan kepelbagaian pandangan dalam menyelesaikan masalah semasa.
asriPETALING JAYA: Sehari selepas dituduh membelakangkan pandangan ulama silam dalam isu status anak luar nikah dalam Islam, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata mazhab Syafi’e yang menjadi anutan majoriti umat Islam Malaysia membenarkan seorang bapa berkahwin dengan anak luar nikahnya sendiri.
Asri berkata ia kerana mazhab tersebut menganggap bapa dan anak yang dilahirkan daripada hubungan luar nikah tidak mempunyai hubungan.
Asri berkata walaupun pandangan itu “boleh memberi sangkaan yang salah”, ia masih tidak bermakna ulama yang mengeluarkan pandangan ini boleh diserang.
“Demikian sikap sepatutnya terhadap ijtihad yang datang dari para mujtahid yang muktabar,” kata Asri dalam catatan Facebook hari ini.
Asri berkata adalah penting kepelbagaian pandangan fekah dialu-alukan dalam dunia yang mengalami perubahan.
“Ia menjadi jalan keluar untuk penyelesaian masalah yang mungkin tidak sama pada zaman yang lepas. Ketaksuban dan kedangkalan menjadikan kita gagal menangani permasalahan yang baru,” tambahnya.
Ia merupakan respon kedua Asri selepas mengundang kritikan pedas Mufti Perak Tan Sri Harussani semalam kerana menyokong penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes membabitkan seorang kanak-kanak luar nikah.
Mahkamah Rayuan minggu lalu menegur JPN kerana bertindak di luar kuasa apabila meletakkan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam, dan sebarang fatwa tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal sivil.
Ia mengundang kritikan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyeru umat Islam bersatu di belakang pihak berkuasa agama bagi merayu keputusan mahkamah itu.
Harussani berkata sokongan Asri terhadap penghakiman itu umpama menghalalkan zina.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :