Update @AzminAli Cuba Menangguk Di Air Keruh Untuk Kejayaan Pingat Di Sukan SEA >> Berita Malay 18



Menteri Besar Selangor seorang yang terbaik di dalam mengambil kredit ke atas apa yang tidak dilakukan olehnya. Semalam, Azmin Ali telah membuat dakwaan bahawa kejayaan atlet-atlet Malaysia merangkul 140 pingat emas (setakat semalam) adalah disebabkan polisi Kerajaan Selangor. Mungkin Menteri Besar Selangor ini beranggapan Sukan SEA bertaraf Sukan Malaysia (SUKMA) sahaja?

Samalah seperti mana Azmin Ali telah mendakwa beliau telah membawa Selangor sebagai Negeri Maju. Semua infrastruktur sudah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Cuma tinggal hasut Rakyat membenci Kerajaan Persekutuan sahaja. Bila Pilihan Raya Umum, tinggal basuh kaki, masuk pejabat dan mengaku semua pembangunan mereka buat. Politik tahap KBAT betul mereka ini. Netizen rata-rata memandang sinis kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor ini. Di bawah adalah komen terbaik sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor.



Rata-rata netizen juga bertanya kenapa Menteri Besar Selangor tidak mendakwa kegagalan pasukan bolasepak Sukan SEA mendapat pingat emas semalam disebabkan oleh beliau. Bukan apa, sebelum ini beliau tidak pernah datang stadium, pasukan Malaysia sentiasa menang. Apabila beliau muncul semalam, terus pasukan kita kalah. Badi bilik air agaknya?

Subscribe to receive free email updates: