Update Beranikah Pas menuntut RCI memali secara menyeluruh? >> Berita Malay 18



 Pemuda AMANAH Nasional menuntut Pas agar mendesak kerajaan supaya telus dalam mendedahkan punca dan elemen asas yang mendorong berlakunya tragedi Memali pada 1985 jika Suruhanjaya Penyiasat Diraja (RCI) itu ditubuhkan kelak.
Shazni Munir MemaliNaib Ketua Pemudanya Shazni Munir Mohd Ithnin mempersoalkan pula sejauh mana keberanian Pas untuk berbuat demikian.

"Persoalannya, beranikah Pasmenuntut suatu RCI yang telus dan menyeluruh - merangkumi aspek punca dan elemen-elemen asas yang mendorong ke arah tragedi tersebut?
"Pada hemat kami, keseluruhan aspek ini penting untuk disiasat memandangkan pihak kerajaan telah pun membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen pada tahun 1986.
"Melalui perenggan 15, 16 dan 17 Laporan Kertas Putih berkaitan tragedi Memali dipercayai daripada ketaksuban terhadap 'Amanat Haji Hadi' yang erujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada 1981," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Shazni turut menjelaskan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof bin Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang Umno itu kafir.
"Pemuda AMANAH juga berpendirian, jika RCI tersebut tetap mahu ditubuhkan, siasatan perlu meliputi aspek-aspek penting berikut: a) Punca yang mendorong ke arah tangkapan allahyarham Ibrahim Libya. b) Punca yang menyemarakkan kegiatan takfiri ketika itu. c) Keganasan tindakan polis. d) Langkah kerajaan membendung fenomena takfiri. e) Kesan 'Amanat Haji Hadi' dan langkah pencegahan," ujarnya.
Justeru Pemuda Amanah mengharapkan agar RCI ini mampu meleraikan segala kekusutan dan tidak akan dibangkitkan lagi.
"Sejarah adalah tentang keteladanan dan iktibar daripada satu-satu peristiwa.
"Kami bertekad agar tiada lagi episod takfiri, termasuklah pengulangan insiden 'tanam jirat' yang telah mencarik keharmonian rakyat.Kita tolak takfiri dan bina semula masa depan negara," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :