Kebebasan itu membezakan PKR dengan Umno dan PAS, kata Rafizi Ramli apabila diminta menjelaskan perbalahan dengan Azmin Ali.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli berkata berbeza pendapat tidak dilihat sebagai satu masalah dalam PKR, dan kebebasan itu yang membezakan parti reformasi itu dengan Umno dan PAS.
Naib presiden PKR itu berkata demikian apabila diminta menjelaskan perbalahannya dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.
“Dalam PKR tak ada masalah. Saya terangkan satu persatu kenapa berbeza pendapat, dari masa asas mereka yang mahu terus berunding dengan PAS untuk elakkan 3 penjuru, apa asas saya bahawa itu tidak membantu kita dan Pakatan Harapan. Itu perkara biasa.
“Dalam Umno tak tahu lah…salah sebut akan dipecat, dalam PAS salah sebut dipanggil kafir,” katanya pada sidang media yang disiarkan di Facebook.
Beliau menjawab komen seorang pengunjung Facebook yang bertanyakan mengapa beliau mahu menjatuhkan Azmin Ali kerana timbalan presiden parti itu mengadakan rundingan dengan PAS.
Rafizi menambah pandangan yang disuarakan itu sebenarnya turut dirasai sebahagian besar rakyat yang ditemui.
“Pandangan saya mengenai kerjasama dengan PAS tu turut dikongsi ramai akar umbi parti dan Pakatan Harapan,” katanya.
Pada Sabtu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan pemimpin PAS bukan dibuat atas kapasiti perbadi tetapi keputusan parti.
Menurut Azmin, rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update [Video Khalid Samad,- Berdosa Lawan Kerajaan?] Hari RABU ke, Hari SABTU ke..'Pakatan Harapan hepi je?' Jangan risau,bila PH menang 10 & 11 Mei cuti umum. >> Berita Malay 18Rabu, 12 April 2018
Jangan risau,bila PH menang 10 & 11 Mei cuti umum...
Orang ramai diminta bertenang berhadapan pengumuman Suruhan… Read More...
Update [Video Mari Mengundi Pilihanraya Pertama Tanah Melayu 1955 & Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan Negeri Perak] '1 Lagi Manifesto Tambahan' cuti umum 2 hari, biar Najib mengelupor! Selepas kuasai banyak projek mega, China cetak bahan kempen BN. >> Berita Malay 18Rabu, 11 April 2018
Pakatan Harapan Parlimen Kangar
Suka Halaman Ini · 5hb April
Ada lagi tak yang m… Read More...
Update Jangan risau,bila PH menang 10 & 11 Mei cuti umum... >> Berita Malay 18
Orang ramai diminta bertenang berhadapan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan hari Rabu 9 Mei sebagai hari mengundi.
“Keran… Read More...
Update [Video Konvoi Pakatan Harapan PRU14] Tukar tiket AirAsia pada tarikh mengundi tak kena bayar. >> Berita Malay 18Rabu, 11 April 2018
Tukar tiket AirAsia pada tarikh mengundi tak kena bayar
Sempena pilihan raya umum ke-14 yang akan datang, AirAsia me… Read More...
Update [Video Terima kasih, HARAPAN juga layak kempen pada tentera] Patriot tabik kepada panglima ATM & Hari mengundi pun MENYUSAHKAN RAKYAT kau bayangkan klu bgi dia perintah 5 thun lagi, macam mana kau nak hidup! >> Berita Malay 18Rabu, 11 April 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 8 jam ·
Anda fikir kan lah yeer..klu bgi dia perintah … Read More...