Update @cmlimguaneng Satu-Satunya Ketua Menteri Yang Ada Krisis Identiti >> Berita Malay 18


Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng 3 hari lepas berkata beliau tidak boleh ambil tindakan ke atas kilang-kilang haram yang dibina sebelum 2008 atau sebelum DAP menjadi Rejim Pulau Pinang selagi kilang-kilang itu tidak mengancam keselamatan awam dan lalulintas. Kita tahu beliau berbohong hal ini. Baca di sini.

Lim Guan Eng jug bertegas itu telah menjadi polisi Rejim DAP Pulau Pinang dan tidak menjadi satu kesalahan bila EXCO menulis surat menahan Jabatan Kerajaan Tempatan dari mengambil tindakan ke atas kilang-kilang haram kerana EXCO hanya menjalankan dasar Kerajaan.

Ajaibnya semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menutup kilang haram memproses habuk kayu di Penanti yang menjadi fokus siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenapa tutup? Bukankah itu bertentangan dengan polisi Kerajaan Negeri?

Bertentangan dengan tindakan JAS semalam juga Joseph Lim Guan Eng bertegas mempertahankan polisi Kerajaan Negeri yang entah bilanya diluluskan oleh Mesyuarat EXCO untuk tidak meroboh kilang-kilang haram, semata-mata mahu mengelakkan EXCO beliau dari dipenjara kerana salah guna kuasa.

Tiba-tiba hari Joseph Lim guan Eng meminta maaf dengan penduduk Kampung Sungai Lembu sebab dasar Kerajaan Negeri pimpinannya telah menyebabkan kesihatan dan keselamatan mereka terancam kerana kilang haram itu terus beroperasi selepas 2008. Baca di sini.

Kampung Sungai Lembu dalam DUN Penanti adalah sebuah perkampungan Cina. Dalam dua PRU lalu, 98% pemilih di Kampung Sungai Lembu telah menolak BN dan mengundi PKR, sekutu DAP kerana percaya DAP akan bawa perubahan dalam pentadbiran Pulau Pinang. Nampaknya mereka telah kena ditipu oleh Rejim DAP pimpinan Joseph Lim Guan Eng.

Sudah lebih 9 tahun tahun DAP jadi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang. Rejim DAP Pulau Pinang masih mahu menyalahkan Kerajaan Barisan nasional terdahulu. Jika tidak mampu bawa perubahan, amat elok sekiranya rakyat Pulau Pinang sekali mengUBAH Kerajaan Negeri untuk Menyelamatkan Pulau Pinang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :