Update Cuti Umum sempena kecemerlangan Sukan Sea ke-29 Isnin ini? >> Berita Malay 18

Tular di media sosial keratan cacatan tidak berkepala berkenaan pengumuman CUTI UMUM bersempena kejayaan cemerlang atlet negara di dalam sukan SEA ke 29.
Keratan cacatan tersebut mendakwa CUTI UMUM tersebut diumumkan pada 4 September 2017 di seluruh negara.

Namun demikian, tiada pengumuman rasmi dilakukan ketika majlis penutupan rasmi Sukan Sea ke-29 oleh YAB Perdana Menteri di Bukit Jalil atau pun di mana-mana media rasmi kerajaan dan juga media arus pedana.

Oleh yang demikian, pengguna-pengguna media sosial diminta lebih berhati-hati dalam menyebarkan perkara yang tidak sahih dan juga berunsur fitnah bagi mengelakkan keharmonian di dalam negara ini terancam

Subscribe to receive free email updates: