Port Dickson - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM150 juta untuk membina blok tambahan di Hospital Port Dickson (HPD) bagi memberi keselesaan kepada pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital tersebut.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, projek itu akan dimulakan segera pada hujung tahun dan dijangka siap menjelang awal 2020.
Menurutnya, blok tambahan itu akan dibina di tanah sekitar 1.5hektar membabitkan bangunan empat tingkat.
"Bangunan ini akan menempatkan empat wad iaitu dua wad lelaki dan dua wad perempuan dan boleh menampung sebanyak 140 katil.
"Bangunan baharu itu nanti turut akan dilengkapi dengan bilik unit rawatan rapi, bilik pembedahan, unit rehabilitasi, farmasi satelit, bilik x-ray dan beberapa lagi kemudahan lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan rasmi ke HPD pagi tadi. Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali.
Related Posts :
Update PRU14: Intimidasi, Gangguan, dan Keganasan >> Berita Malay 18
Ini merujuk kepada penggunaan kekerasan, keganasan, atau ancaman, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa pilihan raya.
______… Read More...
Update PRU14: Kelakuan Berat Sebelah oleh Pegawai >> Berita Malay 18
Institusi dan penjawat awam yang bertugas patut kekal neutral semasa pilihan raya dan tidak menghadiri aktiviti kempen.
Pegawai-pegawai pil… Read More...
Update PRU14: Penggunaan Aset Kerajaan >> Berita Malay 18
Penggunaan aset-aset kerajaan sebegini untuk tujuan politik atau kempen pilihan raya ialah suatu kesalahan.
________________________
A… Read More...
Update PRU14: Perbelanjaan Berlebihan >> Berita Malay 18
Had perbelanjaan untuk calon DUN ialah RM100,000, manakala untuk calon Parlimen ialah RM200,000. Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh … Read More...
Update PRU14: Undi Awal dan Undi Pos >> Berita Malay 18
Kategori ini meliputi semua isu-isu berkaitan dengan undi awal dan undi pos, termasuk undi luar negara.
________________________
Contoh:
M… Read More...