Update 'Dengan nama Allah mereka mengganas' >> Berita Malay 18

Anggota Jawatankuasa Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk A Kadir Jasin percaya tindakan provokasi kumpulan penghasut semasa forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam semalam membayangkan keterdesakan penaja mereka.
Menulis di laman Facebook, katanya, semakin jelas operasi ganas yang sanggup mereka lakukan demi mempertahankan kuasa yang semakin terlepas.“Di satu pihak mereka berdoa dengan nama Allah di pihak yang lain mereka mengganas.

“Saya ada di satu dari awal hinggalah para pengacau mula bertindak menjerit kemudian membaling capal, botol air dan kerusi serta menembak flare,” katanya.
Menurut bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu, kejadian berlaku di penghujung sessi soal jawab di mana beberapa soalan yang jelas ditanam oleh penaja kumpulan penghasut berjaya ditangkis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini termasuklah soalan mengenai DAP menjadi parti utama Pakatan Harapan, Dr Mahathir meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar dan peristiwa Memali.
Sesetengah penghasut, katanya tidak puas hati apabila jawapan Dr Mahathir kepada soalan mereka disambut dengan tepukan dah teriakan "hidup Tun".
“Saya nampak ada penghasut yang ditahan oleh ahli ARMADA dan orang ramai manakala yang lain lari bertempiaran sambil menanggalkan kemeja-T BERSATU/ARAMADA yang mereka pakai untuk menyamar.

“Jelas tindakan provokasi kumpulan penghasut itu membayangkan keterdesakan penaja mereka yang mengakui bahawa majlis-majlis anjuran BERSATU dan Pakatan Harapan mendapat sambutan sukarela rakyat jelata,” katanya. Kadir bagaimanapun tidak menamakan kumpulan penghasut itu walaupun ketika majlis beralngsing terdapat penyokong kerajaan yang berada di dalam dewan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :