Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa mereka yang mencetuskan kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 adalah penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Sambil menolak dakwaan pemimpin Umno kononnya bahawa mereka yang mengamuk itu adalah Pemuda BERSATU, bekas perdana menteri tersebut berkata tidak ada alasan untuk mereka berbuat demikian.

"Jika mereka (dari Pemuda Bersatu), kenapa harus merusuh apabila sudah jelas bahawa forum itu tidak memihak kepada Najib.
"Mereka merusuh apabila soalan mereka tidak mendapat jawapan yang diharapkan. Jelas, mereka merusuh untuk menghentikan forum itu untuk melindungi Najib.
"Memandangkan mereka jelas pro-Najib dan cuba tanpa berjaya untuk memalukan saya, mereka sudah tentu bukannya dari parti yang saya pimpin atau dari sayap pemuda BERSATU.
"Pemimpin Umno boleh menafikan samseng ini daripada Umno, tetapi hakikatnya mereka penyokong Najib, yang adalah presiden Umno," katanya dalam satu catatan di blog.
Mahathir berkata meskipun pihak polis bebas menyoalkan pihak penganjur, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak seharusnya menggunakan bahasa yang mengugut mereka.
Katanya, Khalid harus mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa yang memberi bayangan bahawa Pemuda BERSATU selaku penganjur tidak mematuhi syarat-syarat polis.
"Jika pihak polis mempunyai keraguan bahawa pihak penganjur terbabit dalam sebarang salah laku, mereka boleh dipanggil untuk disoal-siasat.
"Polis mesti mendengar cerita dari pihak mereka. Perusuh telah dirakamkan sepenuhnya melalui video. Wajah mereka akan membantu mengenal pasti siapa perusuh dan apa yang mereka lakukan," katanya.
Pemimpin Umno dan PAS mendakwa kemarahan berpunca akibat rasa tidak puas hati berhubung jawapan Mahathir terhadap insiden Memali sehingga mencetuskan kekecohan dengan menyaksikan suar, kerusi dan selipar dilemparkan.
Penyokong BERSATU dan Mahathir mendakwa bahawa kekecohan itu sebenarnya adalah percubaan untuk menyerang bekas perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update MENTERI PENDIDIKAN DISARAN KURANGKAN KAJIAN TAK PENTING... KASUT... STOKIN... >> Berita Malay 18
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat lebih banyak membuat kajian kurang p… Read More...
Update Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat, pengaruhi Melayu serang Melayu >> Berita Malay 18
DAHULUNYA, terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang … Read More...
Update [Video Pemandu Teksi KL Setuju Tindakan Maki Mahathir] ZINDAGI, lagu khas buat Rafizi! Anwar: Azmin, jangan pandai2 umum diri menang. >> Berita Malay 18Selasa, 13 November 2018
Anwar ingatkan Azmin jangan pandai2 umum diri menang...
Bakal Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim meng… Read More...
Update [Video Rosmah Mansor didakwa Khamis ini berhubung Projek RM1.25 bilion di Sarawak] Anak Guan Eng tampil bela bapanya! Sudah ada arahan parti dan kerajaan pun masih tak mahu letak jawatan lagi? Mak ooiii, degilnya dia ni! PRESTASI tak seberapa, KONTROVERSI aje lebih. >> Berita Malay 18Selasa, 13 November 2018
Anak Guan Eng tampil bela bapanya dikecam tidur
Walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendapat kritikan kerana… Read More...
Update UMNO pelindung orang Melayu? Nahe..nahe.. >> Berita Malay 18
Pemimpin UMNO berstatus penyamun, super korup, gila kuasa, menjaja dongeng kononnya UMNO tempat Melayu berteduh, mencari perlindungan. Jan… Read More...