1. Tiba-tiba 1MDB mengaku tidak dapat bayar hutang sebanyak USD600 million / RM2,580 billion kepada IPIC, sebuah dana pelaburan milik Abu Dhabi yang telah jamin hutang oleh 1MDB.
2. Oleh kerana 1MDB sudah diambil alih oleh Kerajaan, maka Kerajaanlah yang gagal bayar hutang.
3. Kenapa tidak?
4. Tak ada duitkah kita?
5. Bila kita hutang kita perlu ada rancangan untuk bayar. Duit yang dihutang bukan untuk belanja hangus. Tentu ada rancangan untuk melabur, untuk dapat keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang dalam satu jangka masa tertentu.
6. Jika diguna untuk membeli apa-apa, apa yang dibeli akan menjadi aset pegangan peminjam. Aset boleh dijual dan hasil boleh diguna untuk bayar hutang. Taklah semua. Hutang yang perlu dibayar pada Julai 31 hanya separuh sahaja. Lagi separuh boleh dibayar pada bulan Disember.
7. Jikalau harga jualan merugikan pun, sebahagian dari pelaburan atau harta boleh dijual cukup untuk bayar hanya separuh dari hutang.
8. Tetapi Kerajaan tidak dapat bayar. Mana pergi duit yang dihutang. Jika tidak rugi kerana pelaburan atau tidak beli harta yang boleh dijual, dimanakah duit yang dipinjam berada.
9. Sekarang Bank Negara mengeluar bon untuk sebanyak RM2.5 billion. Jika perolehan dari bon mencukupi untuk bayar hutang, soal ke mana pergi wang yang dipinjam masih tidak terjawab. Pinjaman melalui bon perlu dibayar.
Read More / Baca Lagi >>