Semua kaum mempunyai tradisi budaya yang meninggikan atau merendahkan seseorang, termasuk Melayu. Ada kaum seperti Bugis dan Arab dipandang tinggi, ada pula yang dilihat negatif.
Apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata nama sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”, ia bukan soal fakta semata-mata tetapi lebih penting lagi, nada perkauman yang ditimbulkannya.
Kenyataan daripada seorang pemegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan juga parti pemerintah itu tidak mencerminkan semangat kebangsaan Malaysia yang menuntut sikap saling hormat-menghormati antara kaum, sekaligus tidak mencerminkan fahaman politik Umno yang asal.
Ini kerana umum mengetahui bahawa bapa Dr Mahathir adalah Mohamad bin Iskandar dan sememangnya keturunan India dari negeri Kerala. Sementara ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hamidi adalah seorang Melayu.
Kemelayuan Dr Mahathir
Dalam amalan berbudaya di negara ini, sesiapa yang mempunyai keturunan Melayu, tidak kiralah dari ibu atau bapanya, adalah dianggap Melayu. Maka kemelayuan Dr Mahathir tidak dapat dipertikaikan.
Sebab itu tidak ada masalah bagi seseorang keturunan India yang juga mempunyai keturunan Melayu diterima sebagai ahli Umno.
Untuk mengatakan Dr Mahathir menggunakan Umno untuk kepentingannya selama ini juga adalah tidak benar. Beliau dipilih para perwakilan Umno untuk menjadi presidennya selama 22 tahun. Tentulah di luar pemahaman sesiapa pun untuk menolak kemelayuan Dr Mahathir.
Zahid juga tahu tentang perkara ini kerana beliau sendiri pernah berada di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Cumanya sekarang ini adalah suasana menjelang pilihan raya umum ke-14. Zahid adalah pemangku timbalan presiden Umno, parti tonggak Barisan Nasional (BN) yang sedang berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Dr Mahathir. Maka kenyataannya itu adalah dalam rangka perang saraf BN menentang Pakatan Harapan (PH).
Penggunaan isu peribadi yang dikaitkan dengan perkauman kelihatan digunakan sebagai strategi. Ia tidak akan terhenti di situ.
India dalam sejarah Melayu
Dalam tradisi sejarah Melayu, faktor perkauman terutama nada memperkecilkan sesuatu golongan adalah tidak asing lagi. Masyarakat Melayu bersifat majmuk sejak dahulu kala, baik ketika zaman Kedah purba yang memiliki kehadiran saudagar India mahupun dalam Istana Sultan Melaka di mana kehadiran watak dari benua kecil itu diabadikan dalam kitab Sejarah Melayu sendiri.
Tokoh keturunan India memainkan peranan dalam politik istana kesultanan Melaka. Namun dari segi kisahnya, mereka diberikan sudut pandangan negatif.
Tetapi dalam istana kesultanan Melaka juga terdapat watak keturunan Jawa yang juga diberikan sudut pandangan negatif. Watak dalam iSultan Melaka adalah majmuk. Bukan saja yang keturunan India, tetapi juga dari Jawa, Arab dan Cina.
Penulis Sejarah Melayu juga mempunyai agenda politik zaman itu untuk menggambarkan sudut negatif pada golongan keturunan India dan Jawa.
DKK
Pada tahun 1930-an, khususnya di Singapura sebagai pusat kebudayaan Melayu ketika itu, terdapat perdebatan yang disebut sebagai “Takrif Melayu”. Perdebatan itu ditampilkan melalui akhbar dan majalah Melayu untuk menghujahkan siapakah sebenarnya orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>