Update Dua Berita Baik Untuk 1MDB Hari Ini >> Berita Malay 18


Portal lidah pembangkang, Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Red Granite Pictures Inc memfailkan usul bagi membantah cadangan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menangguhkan saman fitnah berkaitan 1MDB.

Usul itu difailkan oleh peguam syarikat Matthew Schwartz yang berhujah bahawa,
"Kerajaan tidak menunjukkan bahawa penemuan berkenaan bakal menjejaskan sebarang siasatan yang berterusan. Pihak yang menuntut (Red Granite) tidak sepatutnya harus menunggu lebih lama lagi untuk membersihkan namanya. 
Kes ini masih belum selesai selepas lebih setahun dan siasatan kerajaan masih berjalan, menurut laporan akhbar. Red Granite mempunyai minat mendalam dalam mempertahankan tindakan itu dan mendapatkan semula penggunaan hartanya.
Namun, berdasarkan jangkaan bahawa penemuan 'akan mempunyai kesan buruk' terhadap siasatan, kerajaan sedang berusaha untuk menangguhkan kes ini. DOJ dalam permohonan mereka berkata, bahawa prosiding sivil mungkin mempunyai "kesan buruk terhadap keupayaan kerajaan menjalankan siasatan jenayah berkaitan."
Usul yang difailkan oleh peguam Red Granite secara jelas mendedahkan DOJ dengan sengaja melengah-lengahkan kes saman fitnah berkaitan 1MDB kerana DOJ mungkin tidak cukup bukti atau tiada bukti langsung untuk mensabitkan 1MDB dalam sebarang salah laku atau kes jenayah.

Kedua, Utusan Malaysia, baca di sini, pula melaporkan, Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman mereka terhadap DS Najib Tun Razak yang didakwa melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1MDB.

Panel tiga hakim diketuai oleh TS Idrus Harun sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi setelah bersetuju dengan hujahan peguam, TS Cecil Abraham yang mewakili Perdana Menteri bahawa DS Najib tidak boleh disaman dengan alasan beliau adalah seorang anggota Pentadbiran Persekutuan dan bukannya penjawat awam.

Mahkamah turut memerintahkan Tun Dr Mahathir bersama dua lagi perayu iaitu bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, DS Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin membayar kos RM30,000 kepada Najib.

Subscribe to receive free email updates: