Update Gabungan PAKATAN Negeri selesai dua minggu >> Berita Malay 18

Pakatan Harapan (PAKATAN) sudah membentuk gabungan di peringkat negeri dan ia dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.
Pengerusi PAKATAN, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setakat ini tiga negeri iaitu Johor, Pulau Pinang dan Selangor sudah menubuhkan Pakatan Harapan di peringkat negeri.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor,” katanya.
Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen, Dr Mahathit berkata, mereka masih menunggu maklum balas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu logo walaupun sudah bertemu dengan pegawai bertanggungjawab.
“Kita sudah memberi logo tetapi belum dapat jawapan walaupun sudah bertemu pegawai dan bersedia membuat perubahan jika perlu.
“Kita sudah mengemukakan logo baru dengan nama penuh Pakatan Harapan. Saya harap kita dapat kelulusan segera untuk persediaan pilihan raya,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :