Kuala Lumpur - Menteri Pertahanan, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Pembangunan Negara BrandLaureate dalam satu majlis di sini.
Hishammuddin menerima Anugerah ‘Brand Influencer Icon’, manakala Zambry pula dianugerahi ‘Game Changer Icon’.
Seorang lagi penerima di bawah kategori itu ialah Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Tan Sri Lim Kok Wing yang menerima Anugerah ‘Unity and Harmony Icon’.
Sementara itu, isteri perdana menteri kelima, Tun Jeanne Abdullah dianugerahi ‘The BrandLaureate Royal Quintessential Brand Icon Leadership Award’ manakala Pro-Canselor Universiti Malaya Toh Puan Dr Aishah Ong menerima anugerah ‘BrandLaureate Hall of Fame-Lifetime Achievement’.
Anugerah terbabit disampaikan oleh Presiden BrandLaureate Tan Sri Rainer Althoff pada malam gala Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2017 di sini.
Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, anugerah BrandLaureate mengiktiraf pemimpin yang dalam kelasnya tersendiri dan mereka yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara serta masyarakat.
Related Posts :
Update MUAFAKAT NASIONAL TAMPARAN HEBAT KEPADA PH, MELAYU ISLAM ENGGAN DIPERMAINKAN >> Berita Malay 18
Presiden Gerakan Islam Melayu, Ariffin Abu Bakar menjelaskan penyatuan UMNO dan PAS satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH).
… Read More...
Update Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup hingga Jumaat >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA - Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok, umum Ment… Read More...
Update MUAFAKAT NASIONAL TAMPARAN HEBAT KEPADA PH, MELAYU ISLAM ENGGAN DIPERMAINKAN >> Berita Malay 18
Presiden Gerakan Islam Melayu, Ariffin Abu Bakar menjelaskan penyatuan UMNO dan PAS satu tamparan hebat kepada Pakatan Harapan (PH).
… Read More...
Update Serbuan ke apartmen Jho Low hasil bantuan bekas pembantu Najib >> Berita Malay 18Serbuan ke apartmen Jho Low hasil bantuan bekas pembantu Najib: KES NAJIB 1MDB | Amhari Efendi berkata beliau telah membawa SPRM ke uni… Read More...
Update Wakil Rakyat DAPig Pun Dah Reti Menyondol..! >> Berita Malay 18
DAPig dah tak boleh menyembunyikan perbalahan sesama mereka..! Politik suku sakat dan keluarga serta saudara mara sememangnya sudah mendar… Read More...