Update The Independent: Malaysia bakal terperangkap hutang China? >> Berita Malay 18

Portal berita Singapura, The Independent memberi amaran Malaysia bakal menjadi negara yang jatuh terperangkap hutang China selepas Sri Lanka.
Sebelum ini portal itu melaporkan Sri Lanka menjadi negara Asia pertama jatuh ke “perangkap hutang China” selepas menerima pelaburan berbilion dolar dalam projek infrastruktur besar, berdasarkan panduan dan janji Beijing.

Sri Lanka kini menanggung hutang AS$8 bilion daripada keseluruhan AS$64 bilion dengan China disebabkan pelaburan besar dalam pelbagai projek.
Akibatnya, sebahagian besar pendapatan negara Asia Selatan itu terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang, bukannya untuk pembangunan sangat diperlukan negara yang bebas daripada perang saudara selama 25 tahun, pada 2009.
Statistik Bank Dunia dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan syarikat milik kerajaan China melabur AS$35.6 bilion (RM152 bilion) di Malaysia, pada 2010 hingga 2016.
The Independent
PAUTAN PENUH: http://ift.tt/2hiAyYm

Subscribe to receive free email updates: