Update INI KENYATAAN ROUND KEDUA, SYAITAN BELUM LAGI ADA ULASAN >> Berita Malay 18

PADA PERENGKAT AWAL PAN,DAP,BERSATU  DAN RAHIM ADA BERSUARA. 

NAK TUNGGU LEPAS ARTIKAL NI BELUM ADA YANG BERANI BUKA MULUT, BISUKOT ?


-Pak Karamu-

 

RCI: Hadi sedia dipanggil bila-bila masa

Hadi Awang
Hadi Awang
(Ubah saiz teks) 
 
MARANG –  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia dipanggil pada bila bila masa untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali.

Namun katanya, sehingga kini tiada sebarang tindakan atau tuduhan dikenakan terhadapnya berkaitan peristiwa yang mengorbankan 18 nyawa di Baling, Kedah itu.

Beliau berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu kerajaan menubuhkan RCI dan sanggup bekerjasama pada bila-bila masa kerana banyak yang tersirat disembunyikan dalam peristiwa yang berlaku 32 tahun itu.

“Banyak rakyat tidak tahu, mereka yang hidup pada masa itu pun tidak tahu. Apa lagi generasi muda yang baharu lahir kemudian lagi tidak tahu. Ramai menjadi mangsa bukan sahaja ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya termasuk anggota polis.

“Penduduk (juga) jadi mangsa kerana penyelesaiannya tidak mengikut cara yang betul sebab itu perlu ditubuhkan RCI yang bebas daripada kalangan politik yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tragedi Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah kampung pedalaman di Kedah.
Seramai 18 orang terbunuh akibat keganasan berkenaan, termasuk anggota polis.

Seorang pendakwah, Ibrahim Mahmud atau lebih popular dengan nama Ibrahim Libya dikehendaki polis atas dakwaan mengancam keselamatan.

Ramai yang mengaitkan kejadian berkenaan dengan Amanat Haji Hadi di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ketika ditanya adakah Umno menggunakan isu penubuhan RCI untuk kepentingan politik, Hadi berkata, apa yang penting adalah untuk mencari keadilan terhadap keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

“Ustaz Ibrahim (Mahmud) dan rakan-rakannya yang kita anggap sebagai syahid yang sebenarnya dizalimi. Kita harap ALLAH mencucuri rahmat kepada mereka semua,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pada setiap tahun Pas mengadakan majlis memperingati mereka yang telah terkorban di Memali.  

Mengenai kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bahawa sekiranya RCI ditubuhkan mungkin Pas akan dipersalahkan seterusnya menjadi punca tragedi itu,  Hadi berkata, jangan buat kesimpulan awal.

“Biar RCI yang buat penyiasatan dahulu baru boleh buat keputusan, jangan buat keputusan awal. Mengikut kaedah kehakiman kita tidak boleh membuat keputusan…belum disiasat belum diselidik dahulu,” katanya.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak perlu lagi membuat penjelasan menerusi siaran televisyen tempatan kerana penjelasan secara terperinci melalui buku yang telah ditulisnya 15 tahun lalu.

Katanya, amanat berkenaan adalah petikan daripada ucapan panjang beliau yang sepatutnya didengar secara keseluruhan untuk mendapatkan konteks sebenar.

“Saya sudah tulis buku pada tahun 2002 dan sudah dicetak tiga kali dan saya difahamkan bahawa ucapan-ucapan saya sudah dikaji oleh pihak berkenaan.

“Tidak ada salah dari segi agama atau undang-undang walaupun banyak desakan pada masa itu dan saya menganggap lebih kepada tujuan politik daripada hakikat yang sebenar.

“Saya tiada masalah kalau hendak siasat balik pun tak apa, saya (boleh) buka balik kaset-kaset (rakaman) saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menarik bagi mereka yang pernah mendengar koleksi kaset-kaset rakaman ucapan sebenar sebelum ini datang semula untuk meminta maaf dengannya.

Abdul Hadi turut bersetuju dengan pendirian Musa agar RCI ditubuhkan selepas pilihan raya umum akan datang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :