Update Insiden serang NTH2.0 bukti pendukung kleptokrasi anti debat >> Berita Malay 18

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengecam sekeras-kerasnya tindakan beberapa individu yang mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kekecohan pada Program Nothing To Hide 2.0 (NTH 2.0), petang tadi.
Menyifatkan ia sebagai tindakan pengecut daripada pelaku yang diyakini mewakili pihak tertentu, Mohamed Azmin mengesa pihak polis segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas.

IMG_20170813_192211-1024x683“Saya mahu @PDRMsia melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas terhadap insiden yang jelas menggangu ketenteraman awam,” katanya dalam catatan beliau di laman Twitter.
Terdahulu, NTH 2.0 berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti program sulung NTH dua tahun lalu.
Najib sekali lagi gagal memenuhi undangan Tun Dr Mahathir yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.
Bagaimanapun, program yang berjalan lancar di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam itu bertukar menjadi kecoh apabila beberapa individu bertindak membaling kasut, kerusi dan ‘flare’ ke arah Tun Dr Mahathir yang sedang berucap.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN menyifatkan kekacauan di program NTH 2.0 itu bukti sikap ganas mendukung kleptokrasi yang anti perdebatan sihat.
“Kami meminta debat sivil yang teratur dan mereka bertindak balas dengan melontar kasut dan selipar dan menembak suar,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :