Azalina berpesan kepada mualaf agar bercerai mengikut prosedur di mahkamah sivil dan bertanggungjawab pada keluarganya yang belum Islam.

Semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 (Akta 164) malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said menyeru mualaf tidak bersembunyi di belakang hakim Mahkamah Syariah.
Beliau berkata ini kerana sesetengah mereka yang memeluk Islam berfikir mereka boleh meninggalkan keluarga yang belum memeluk Islam.
“Ya, dia Islam, tetapi patutkah dia meninggalkan keluarganya (bukan Islam) tergantung seperti itu? Saya tidak berkahwin, tetapi saya marah dengan isu ini.
“Kamu berkahwin, bila kamu memeluk Islam, kamu lari daripada tanggungjawab … tidak mahu membayar nafkah selepas bertukar agama. Islam agama yang bertanggungjawab,” kata Azalina lapor The Sun.
Akta 164 diluluskan melalui undi suara pada jam 12.50 pagi (hari ini) selepas pendebatan hangat antara ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Azalina berkata pindaan RUU itu menggesa mereka yang memeluk agama Islam berdepan dengan mahkamah sivil sekiranya mahu membubarkan perkahwinan.
“Mereka sepatutnya menjadi ‘anak jantan’ dan menghadapinya. Masuk mahkamah sivil jika kamu berani, dan bercerailah mengikut prosedur,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update Calon BN atau PAS Di PRK Rantau & Analisa PRK Semenyih >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Anwar ada bukti yg cukup PAS bayar Clare Sarawak Report! Pas tak boleh menafikan] PAS nak kritik boleh, tapi BOHONG jangan. >> Berita Malay 18Rabu, 27 Februari 2019
KiniTV
Apabila Anwar Ibrahim membangkitkan isu bayaran daripada PAS kepada pengarang portal Sarawak Report semalam, … Read More...
Update [Video Kita menang PRK ni, kita akan bantu rakyat Semenyih] Pengambilalihan Konsesi & Faedah caj kesesakan! 3 pemimpin DAP di tangga teratas menteri paling diyakini..Walaun mesti panasss. >> Berita Malay 18Rabu, 27 Februari 2019
Pengambilalihan Konsesi & Faedah caj kesesakan
Pakatan Harapan Supporters
3 pemimpin DAP di tangga teratas me… Read More...
Update Sekarang Kita Faham Kenapa Lim Guan Eng Dan Anthony Loke Merupakan 3 Menteri DAP Paling Diyakini >> Berita Malay 18
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Kewayangan, Lim Guan Eng telah diiktiraf oleh 'sebuah syarikat perhubungan awam', Citrine … Read More...
Update [VIdeo Hadi ni tak suka saya berpakat dengan Tun! PEDIHNYA HATIKU TIDAK TERKIRA] Pemimpin wajibkan berbohong, ahli semakin kuat reka fitnah & PAS sudah jadi parti “Flip Flop” dan suka berbohong. >> Berita Malay 18Rabu, 27 Februari 2019
Pemimpin wajibkan berbohong, ahli semakin kuat reka fitnah
myinfoRAKYATFebruary 27, 2019
Satu posting yang berleg… Read More...