Update Jangan harap BN menang di Permatang Pauh, kata PH >> Berita Malay 18

BARISAN Nasional (BN) tidak akan berpeluang untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Itu kata pemimpin Pakatan Harapan (PH), menolak seruan Perdana Menteri Najib Razak kepada pengundi di Permatang Pauh supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tegas mereka, memang sebelum ini Umno menguasai kerusi itu, tetapi ianya hanya disebabkan calon yang mereka letakkan ketika itu adalah Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP) Steven Sim berkata Umno ketika itu hanya semata-mata bergantung kepada Anwar untuk mengekalkan Permatang Pauh. Sim memberi komen kepada seruan Najib kepada pengundi Permatang Pauh semalam supaya membuat pusingan-U dan kembali menyokong BN pada pilihan raya akan datang.
Najib memberitahu pengundi, selepas kerusi itu dirampas pembangkang, "masa seolah-olah telah terhenti".
Dia juga memberitahu mereka supaya jangan berharap kepada pembaharuan oleh pembangkang memandangkan sekarang mereka melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PH.
Takhta PKR
Anwar merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 ketika masih bersama Umno. Pada 1998, dia disingkirkan dari jawatan timbalan perdana menteri. Anwar kembali menjadi ahli Parlimen pada 2008 hingga 2015 sehinggalah dipenjarakan semula buat kali kedua.
Di antara 1999 dan 2008, dan 2015 hingga ke hari ini, kerusi Permatang Pauh dipegang isterinya, Presiden PKR dan PH Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Memandangkan kawasan parlimennya berjiran dengan Permatang Pauh, Sim sangat arif kepada sentimen akar umbi dan berkata Najib telah memberikan "laporan yang tidak tepat" semasa di Permatang Pauh semalam.
"Ketua bahagian Umno di sini sendiri pun tak berani berjumpa akar umbi dengan memakai baju-T Umno semasa Hari Raya.
"Mereka sangat maklum persepsi akar umbi kepada Umno sangat buruk," kata Sim ketika membuat lawatan ke Sungai Lembu di Penanti, Permatang Pauh awal hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :