Update Jangan percaya janji penyangak, kata Dr Mahathir >> Berita Malay 18

PERDANA Menteri Najib Razak yang semakin terdesak mahukan undi rakyat kini menabur janji sewenang-wenangnya dan tidak akan mengotakannya, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Harapan itu membangkitkan kembali kata-kata Presiden Umno lima tahun dahulu yang kononnya mahu memberikan peruntukan sebanyak RM5 bilion kepada Langkawi.
"Najib kata dekat Langkawi, banyak duit dia nak bagi. 5 tahun dahulu, masa itu saya masih baik lagi dengan Najib. Dia kata hendak bagi 5 bilion ringgit pada Langkawi. Satu sen duit pun tak dapat.
"Siapa boleh percaya janji penyangak," katanya yang menyifatkan Najib sebagai penyamun dan penyangak kerana terlibat dalam skandal RM42 bilion 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Dr Mahathir melabel Najib sedemikian berulang kali dihadapan lebih 2,000 hadirin di Ceramah Perdana, Medan Klebang Restu, Ipoh Perak malam tadi.
Mantan perdana menteri itu merujuk kepada kenyataan Najib pada 19 Ogos lalu mahu mengekalkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah.
Najib ketika itu turut melancarkan Projek Perumahan PPR bernilai RM242 juta yang dijangka siap menjelang 2019.
Beliau juga mahu mempertimbangkan permintaan Ahli Parlimen Langkawi Nawawi Ahmad, supaya hospital di pulau tersebut diperbesarkan untuk menampung peningkatan penduduk dan pelancong di Langkawi.
Justeru, Dr Mahathir mengingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji ahli Parlimen Pekan itu yang akan berterusan memberikan janji palsu.
"Dekat pilihan raya nanti dia (Najib) bagi duit. Dekat Felda dia nak mansuh hutang Felda. Hendak bagi lima ribu ringgit (kepada peneroka). Bila PRU akan beri sampai RM25,000. Tapi itu janji saja, duitnya tiada.
"Dia janji banyak itu sebab dia tak percaya dia boleh menang," katanya lagi.
Dalam pada itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ceramah sama berkata kemelut 1MDB menjadikan rakyat malu mengaku sebagai warganegara Malaysia terutamanya orang Melayu.
"Sekarang ni, orang Melayu apabila ke luar negara malu nak mengakui diri warga Malaysia. Mereka kata mereka dari Brunei.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: