Khairuddin Abu Hassan membidas Nur Jazlan Mohamed yang berkata tindakan Zahid mendedahkan nama kad pengenalan Dr Mahathir tidak menyalahi undang-undang.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata tidak salah mendedahkan nama dalam kad pengenalan mana-mana individu memandangkan ia rekod umum.Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu menyifatkan Nur Jazlan tidak faham undang-undang kerana menurutnya ia tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.
“Bagaimana dia boleh jadi timbalan menteri jika asas undang-undang pun tidak faham. Matlumat peribadi tidak boleh disalahguna orang lain, khususnya di zaman kini yang banyak jenayah siber.
“Jika begitu, bolehkah saya minta salinan kad pengenalannya untuk simpanan peribadi saya? Adakah dia sanggup beri salinan kepada saya?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Nur Jazlan dilaporkan mempertahankan tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan nama kad pengenalan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata ia rekod awam dan bukan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Isu tercetus apabila Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya semalam membangkitkan soal keturunan Mahathir dengan menunjukkan kad pengenalan yang memaparkan nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Read More / Baca Lagi >>