Dua pelajar terbabit di katakan telah melakukan cubaan mencuri motosikal tersebut di kawasan masjid di Puchong Perdana ketika orang ramai sedang mengerjakan solat Jumaat.
Kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh seorang wanita yang berkebetulan berada di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan.
Wanita tersebut yang curiga dengan kelakuan dua remaja terbabit kemudiannya menyedari bahawa mereka cuba mencuri motosikal yang berada di kawasan masjid sebelum bertindak menangkap beberapa gambar mereka yang sedang menunjukkan perbuatan mereka.
Gambar-gambar tersebut telah di muat naik oleh seorang lelaki yang di kenali sebagai Mohd Riduwan Razali di laman media sosial sebelum menjadi tular.
Kedua-dua pelajar terbabit di lihat telah melakukan beberapa cubaan mencuri ke atas beberapa motosikal dengan hanya menggunakan skru driver.