Update Kenapa @cmlimguaneng Tidak Protes Di Kampung Sungai Lembu Seperti Mana Beliau Protes Di Lynas? >> Berita Malay 18



Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jaguh pembela alam sekitar. Dikatakan sewaktu beliau sibuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau masih ada masa untuk memprtahankan alam sekitar nun jauh beribu batu di Pahang bertempat di Lynas. 

Penduduk Lynas mungkin berbangga dengan hero alam sekitar ini datang ke tempat mereka, mungkin tidak. Namun tidak bagi Rakyat di dalam negerinya. Kuman seberang laut nampak nyata bagi Joseph Lim Guan Eng. 

Bangkai gajah di depan mata dipandang sepi. Selama 19 tahun Ketua Menteri ini gagal untuk menutup dan menyita kilang haram yang memproses pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam. 

Akibatnya ramai penduduk di sini yang mengalami pelbagai penyakit kesan dari aktiviti kilang haram tersebut. Inilah hero alam sekitar dari parto DAP yang hidup dalam kepura-puraan dan penuh sandiwara.






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :