KEPIMPINAN PKR hanya perlu bekerjasama dengan parti Islam PAS sekiranya menunjukkan keikhlasan dalam bekerjasama dengan pembangkang kata pimpinan akar umbi PKR Chee Chu Seng.
Kenyataannya itu timbul selepas peletakan jawatan ketuanya ahli Parlimen PKR Selayang William Leong dua hari lalu.
Leong berkata surat peletakan jawatan itu dihantar kepada pimpinan PKR pada Isnin.

“Saya tidak setuju sekiranya parti meneruskan kerjasama dengan PAS kerana sudah jelas PAS sudah ada urusan dengan Umno,” kata Leong yang juga ahli Majlis Tertinggi PKR kepada The Malaysian Insight.
“Saya sudah jelaskan kenapa saya tidak setuju dengan kerjasama dengan PAS dalam surat peetakan jawatan saya.”
Bagi menunjukkan sokongan terhadap Leong dan pendiriannya, Chee dan 30 ahli PKR lain dan Amanah mengadakan sidang media hari ini.
Walaupun menyatakan sokongan pendirian Leong dan akar umbi, Chee berkata dia bagaimanapun tidak menolak idea kerjasama dengan PAS keseluruhannya.
Katanya, parti itu boleh bekerjasama dengan PAS dengan syarat parti itu mulakan tindakan mahu bekerjasama dengan pembangkang dan ikhlas dalam mengejar agenda yang sama.
Mereka juga mahukan pimpinan PKR untuk menetapkan tarikh akhir dalam memujuk PAS.
“Kami mahu parti berikan bila perbincangan itu akan berakhir. Ia tidak boleh diteruskan selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Adun Rawang Gan Pei Nei berkata sukar untuk meletakkan masa untuk perbincangan kerana ia bukan pebincangan secara terus.
Dia bagaimanapun menghormati dan memahami pendirian Leong berhubung kerjasama dengan PAS.
“Dia mahukan perubahan dan dia mahukan kita semua bersatu tumbangkan Umno dan Barisan Nasional,” kata Gan.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update HISHAMMUDDIN INGATKAN MAT SABU 100 HARI SUDAH TAMAT >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR – “Tempoh janji 100 hari Pakatan Harapan sudah tamat,” kata Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Menteri Pertahanan, Da… Read More...
Update [Video Memalukan, Kecoh Aksi MP BN di Dewan Rakyat & Nak Halau Saya, Halau!] BERITA GEMBIRA MENJELANG 100 HARI & Masihkah UmnoBN ada masa depannya? >> Berita Malay 18Jumaat, 17 Ogos 2018
BERITA GEMBIRA MENJELANG 100 HARI PAKATAN HARAPAN MENTADBIR NEGARA
Hanya beberapa hari saja lagi genaplah 100 … Read More...
Update [Video YB Menhan ajak pilot pekena ICT 'Ikan celop tepong' & Kecoh, muktamar Pas baca doa kutuk Mat Sabu] Bila kena kat PH, hancing lah..penipu lah..bohong lah..kena kat depa sabar lah & Dr M beri isyarat ada bau busuk mengenai PH. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video 10 janji 100 hari, apa kata rakyat?] Kenapa Anwar tidak segera TEGUR Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani? Apa sudah jadi ni? >> Berita Malay 18Jumaat, 17 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 7 jam ·
PATUTLER ketika BN & Najib berkuas… Read More...
Update Undian Di Media Sosial Tidak Memihak Kepada Kerajaan PH Untuk 10 Janji 100 Hari >> Berita Malay 18
Beberapa 'fanpage' dan portal terkenal telah mengadakan undian untuk menentukan adalah Rakyat Malaysia berpuas hati atau kecewa dengan pr… Read More...