Lihat sahaja gambaran yang diberikan dalam filem Musang Berjanggut. Bagaimana Tun Nila Utama bertarung dengan Megat Alang Sengketa dengan bersaktikan api, hujan, disumbat ke dalam botol dan dicampak masuk ke bumi.
Bukan sahaja Melayu, Islam juga hadir dengan membawakan kisah-kisah kesaktian bagi memujuk keyakinan umat para nabi dan rasul. Disebut ‘mukjizat’, antara yang paling popular ialah kemampuan Nabi Musa menukar tongkatnya menjadi ular, membelah laut; serta kehebatan Nabi Sulaiman bertutur dengan haiwan, mengawal angin dan lain-lain lagi.
Pendeknya, mahu jadi pemimpin, mesti punya sakti. Kalau tidak sakti, pastinya nanti ditewaskan orang lain yang lebih sakti.
Kata ‘sakti’ berakar daripada bahasa Sanskrit yang kebetulan membawa erti ‘kuasa’. Politik sebagai permainan kuasa dan takhta, memerlukan kesaktian yang berbeza-beza mengikut peredaran zaman dan tamadun. Kalau dahulu, kesaktian itu terbit daripada ilmu-ilmu mistik, kesaktian zaman ini hadir dalam bentuk yang jauh lebih canggih.
Sakti atau ilmu silap mata yang saya maksudkan pada akhir zaman ini ialah sakti media massa, dan bagaimana ia digunakan untuk mengelabui mata orang ramai daripada maudu’ politik semasa.
Kutty
Hujung minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak melayangkan telefon pintarnya kononnya memaparkan kad pengenalan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kononnya, kad pengenalan lama Mahathir itu mencatatkan namanya sebagai ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’.
Ini dilakukan Ahmad Zahid ketika berucap di mesyuarat bahagian UMNO Kelana Jaya. Kerusi Parlimen Kelana Jaya ini ditandingi MCA. UMNO tak ada pun tak apa. Tetapi Zahid Hamidi dijemput ke sana, mungkin kerana Hishammuddin Hussein tidak berkelapangan.
Tetapi Zahid mengambil peluang tersebut untuk menyerang salasilah keturunan bekas bosnya, dengan membangkitkan persoalan mengenai ‘Iskandar Kutty’. Tanpa segan silu dan pastinya dengan penuh sedar akan akibatnya, Zahid melakukan serangan itu. Nak kata tak cerdik, khabarnya ada PhD. Jadi kenapa sebenarnya Zahid membangkitkan soal ‘Iskandar Kutty’ dengan tidak semena-mena?
Adakah Ahmad Zahid Hamidi tidak risau dengan tindakbalas Mahathir Mohamad yang pastinya menunggu masa untuk mendedahkan satu demi satu dosa-dosa lampau Ahmad Zahid ketika berada di dalam kabinet dapur Mahathir?
RM2.58 bilion
24 April lalu, mahkamah timbangtara di London menyaksikan bagaimana kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan mencapai persetujuan dengan institusi dana berdaulat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk membayar sejumlah US$1.2 bilion (RM5.13 bilion) kepada IPIC, ekoran skandal melibatkan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>