"Saya nak nyatakan di sini, kadang-kadang saya tak faham apa yang mereka katakan ikan bilis, jerung dan paus.
Dzulkifli berkata rekod prestasi SPRM telah membuktikan bahawa ia bertindak terhadap semua orang.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tindakan itu perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.
Tegasnya, tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan beliau mengarahkan pegawainya apabila membuka kertas siasatan, mereka mesti menyelesaikannya.
"Kemudian mengangkat siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara AGC). AGC lah buat keputusan bukti cukup atau tidak untuk membuat pertuduhan," katanya.
Dzulkifli juga ditanya sama ada SPRM perlu diberikan kuasa pendakwaan.
Menurutnya. pemisahan kuasa penyiasatan dan kuasa pendakwaan adalah demi kepentingan mekanisme 'semak dan imbang'.
"Sistem yang ada sekarang ini cukup baik dan diterima pakai majoriti negara," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan harapan agar semua pihak menyokong untuk menjadikan SPRM sebagai benar-benar sebuah suruhanjaya.