Bekas menteri besar Selangor itu berkata BN dan Umno tidak berani membuat penilaian sebenar dan hidup dalam kepura-puraan.

PETALING JAYA: Bekas menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini berkata Barisan Nasional Selangor masih tidak mengetahui, malah tidak mahu tahu, mengapa mereka kalah teruk pada pilihan raya umum 2013.
Beliau membidas BN Selangor yang dikatakan hidup dalam andaian dan tanggapan politik yang tidak jujur, walaupun selepas prestasi buruk sejak pilihan raya umum 2008.
“Masalah dalam BN dan Umno ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat,” katanya di Facebook hari ini.
Beliau mendakwa masalah bermula selepas PRU12 lagi, apabila mereka beranggapan kekalahan BN Selangor pada 2008 kerana Khir Toyo.
Menurut Khir Toyo, BN ketika itu lupa yang mereka tewas bukan sahaja di Selangor, tetapi juga di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan.
“Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor. Saya dibicara dan dipenjarakan.
“Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk,” kata Khir Toyo.
Katanya, walaupun BN berjaya merampas Perak dan Kedah pada PRU13, gabungan itu nyaris kalah di Terengganu, dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.
“Mereka bersorak menang besar di (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar…Undi yang diterima calon BN, Budiman Mohd Zohdi hanyalah 16,800 undi berbanding undi yang diterima Noriah Kasnon (18,695 undi). Bayangkan undi merosot hampir 2,000 undi.
“Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?” kata Khir Toyo.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Update MENTERI PH DIMINTA BERI PENJELASAN BERKENAAN PENJUALAN ASET TH >> Berita Malay 18
Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil meminta menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertanggungjawab berkaitan Tabung Haji (… Read More...
Update MENTERI PH DIMINTA BERI PENJELASAN BERKENAAN PENJUALAN ASET TH >> Berita Malay 18
Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil meminta menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bertanggungjawab berkaitan Tabung Haji (… Read More...
Update TMJ tak sama dengan Ku Li, kata Aziz Bari >> Berita Malay 18TMJ tak sama dengan Ku Li, kata Aziz Bari: pPakar perlembagaan itu mengulas cadangan Khairuddin Abu Hassan agar Tunku Ismail 'turun singgahs… Read More...
Update Dua Keluarga Politik Besar Bercuti Di Morocco >> Berita Malay 18
Sejuk melihat dua keluarga politik besar tanahair, DS Hishamuddin Tun Hussein dan DS Azmin Ali, bercuti bersama-sama di Morocco. Ini baru… Read More...
Update [Video Tun M - Jangan tipu diri panggil 'tuan' jika kita masih kuli orang] KJ hang yang TAK CERDIK, Kedah cuti Jumaat woiii! Orang Melayu masih perlu 'tongkat', tapi bukan selama-lamanya. >> Berita Malay 18Ahad, 30 Disember 2018
Dr M: Orang Melayu masih perlu 'tongkat', tapi bukan selama-lamanya
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad mengaku… Read More...