Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata ia bagi membantu siasatan berhubung isu kilang memproses habuk kayu haram yang beroperasi atas tanah pertanian di Sungai Lembu, Penanti.
Katanya kepada Astro AWANI, ia adalah prosedur siasatan yang biasa dijalankan, selepas kedua-dua individu berkenaan didapati mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung operasi kilang haram terbabit.
Guan Eng dan Dr Norlela akan dipanggil secepat mungkin untuk menjalani proses ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian masa kerana SPRM juga sedang meneliti beberapa aspek lain dalam siasatan kes ini.
Tambahnya, sehingga kini SPRM telah merakam percakapan beberapa saksi dan menahan tiga suspek, termasuk seorang exco kerajaan negeri.
Semalam suruhanjaya itu telah mendapat perintah reman selama lima hari terhadap exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan berhubung isu kilang terbabit.
Related Posts :
Update [Video SILAP PAS MENYERANG ANWAR] MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENGHORMATI dan sama-sama BERTOLERANSI & Sudah2 lah PAS..Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support? >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2019
Ceramah Grand Finale PRK Semenyih di Jalan Vista Valley Semenyih mlm ini...
MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENG… Read More...
Update ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI >> Berita Malay 18
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
Update [Video Raja Petra pembohong - Dr M] Malam terakhir kempen PH, BN di Semenyih & PAS ada peluang saman lagi... >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2018
KiniTV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruha… Read More...
Update ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI >> Berita Malay 18
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
Update [Video Tun M: Saya tak salah bila jatuhkan BOSSKU Penyamun] Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak pekena pemimpin parti ana? Setelah usul tak percaya TIDAK MENJADI, apa lagi helah Pas untuk MENYELAMATKAN DIRI selepas ini? >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2019
Parti ana kata Anwar nak jatuhkan Mahathir. Tapi yang ana bimbang, Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak peke… Read More...